Diari Wardah 7
14 Jan 2013 Huhu... diri saya dihurung rasa bersalah teramatlah pulak. Bukannya saya pergi mencuri atau apa. Tapi saya rasa bersalah sebab suu'uzzhan- Berburuk sangka. Entah dah berapa inci dah saya tikam belakang Kak Zahrah. Sebelum ni kan saya selalu cakap benda buruk aje pasal dia. Walhal pada hakikatnya, Allah sahaja yang tahu betapa suci murni hati dia. "Kenapa tiba-tiba berubah hati ni?" Mesti awak dah dilanda kepelikan teramat, kan diari? Kalau nak tahu kena flashback dulu. ( Flashback time) Kaki yang longlai dipaksa untuk melangkah ke dalam bilik wad 33b. 'Malasnya..', monolog gadis yang juga dikenali sebagai saya dalam diari ni. "Wardah sayang, tolong jaga Kak Zahrah ni sekejap boleh? Ibu belum Solat Zuhur. Tolong ye sayang?" Kata ibu. Saya telan air liur yang terasa payau. Memanglah saya dah terbiasa dengar dia panggil 'sayang'. Tapi kali ni terasa macam dia menipu. Terasa macam kata-kata hanya sekadar kata-k...