Posts

Showing posts from February, 2015

Langit Biru bab 6- Perasaan sang gadis

5.00 petang. Khamis. Syoknye... Meniarap atas sofa sambil mata meneliti wajah Ryouma dalam manga New Prince of Tennis. Air Milo panas ada atas meja sebelah tu. Tangan kiri pulak pegang KitKat. Wuisshh... Gaya macam dah tak ada benda nak fikir dah. Padahal PT3 tak sampai 365 hari lagi tuh. Well.. what can you say? A girl's gotta rock when a girl's gotta rock. Haha. Now, THIS is life. Study group dah habis dalam sejam yang lepas. Sekarang masa nak rehat. Balas dendam sebab tadi kepala dah rasa nak meletup berselirat dengan lukisan isometrik la unjuran ortografik la bla bla bla. Yada yada yada.  Lepak la. Tak payah nak stres memanjang. Farz dan Zack tu.. nasib baik dah tak tanya lebih lanjut pasal si dia.  Bukannya tak nak bagitau dia orang  sebab tak nak bagitau dia orang. Eh? Macam pelik semacam aje ayat tu? Whatever.  Tapi cuma malu. K ang kalau bagitau,  pastu kena reject, tak ke membawa malu dia dan tujuh keturunan akan datang? Ehe. "Mak Cik."  Ki