Langit Biru bab 6- Perasaan sang gadis

5.00 petang.
Khamis.

Syoknye... Meniarap atas sofa sambil mata meneliti wajah Ryouma dalam manga New Prince of Tennis. Air Milo panas ada atas meja sebelah tu. Tangan kiri pulak pegang KitKat. Wuisshh... Gaya macam dah tak ada benda nak fikir dah. Padahal PT3 tak sampai 365 hari lagi tuh. Well.. what can you say? A girl's gotta rock when a girl's gotta rock. Haha.

Now, THIS is life.

Study group dah habis dalam sejam yang lepas. Sekarang masa nak rehat. Balas dendam sebab tadi kepala dah rasa nak meletup berselirat dengan lukisan isometrik la unjuran ortografik la bla bla bla. Yada yada yada. Lepak la. Tak payah nak stres memanjang.

Farz dan Zack tu.. nasib baik dah tak tanya lebih lanjut pasal si dia. Bukannya tak nak bagitau dia orang  sebab tak nak bagitau dia orang. Eh? Macam pelik semacam aje ayat tu? Whatever. Tapi cuma malu. Kang kalau bagitau, pastu kena reject, tak ke membawa malu dia dan tujuh keturunan akan datang? Ehe.

"Mak Cik."

 KitKat digigit sedikit sebelum hujung mata melirik tuan punya suara. "What?" Acuh tak acuh dia bertanya. Malas.

Afiq melurutkan beg sandang ke atas sofa. Punggung dilabuhkan bersebelahannya. "Pahal suruh aku balik?" Mata memandang Tyra yang kembali menunduk pandang New Prince of Tennis.

"Aku nak pinjam kalkulator kau sat. Aku punya tertinggal kat sekolah." KitKat digigit lagi. Entah macam mana entah pagi tadi boleh pulak tertinggal dekat meja. Mungkin sebab masa tu tengah stres fikir pasal nasib iPhone. Dan sekarang... tak tau apa rancangan untuk dapat balik phone tu. Serius menyesal bawak phone ke sekolah.

Afiq dah terjegil mata pandang Tyra. Whaaaaat??? Dia suruh aku balik semata-mata nak pinjam kalkulator aku je? Je? Sheesh. Rasa geram gila sekarang nie!!!!

"Tadi aku nampak kau bawak kalkulator kau pergi taman."

"Laa... memanglah aku bawak. Dah hari ni kita orang nak bincang pasal homework mod-math. Tapi kenapa tak cakap awal-awal? Aku ada spare kalkulator dalam bilik." Afiq cakap dengan gigi terketap-ketap tahan marah. Serius marah!

Tyra angkat muka. Muka tak bersalah. "Bagi je lah." Tyra bangun dari perbaringan. Menarik kaki ke dalam sila. Penanda buku dimasukkan ke muka surat New Prince of Tennis yang terbuka. Buku tu kemudiannya diletakkan di atas meja sebelah sofa. Air Milo dihirup sedikit sebelum buku latihan Matematik yang sedia terdampar dicapai.

Afiq merengus marah. "Phone kau kan ada kalkulator. Kenapa tak pakai benda alah tu aje?" Afiq tayang muka stres.

"Phone aku kena rampas." Selamba aje Tyra jawab. Macam tak terkesan langsung. Padahal dalam hati rasa nak meraung aje kalau boleh. "Dah. Tak payah banyak soal. Aku dah kata kan masa kau first-first datang sini. Ikut arahan aku." Tangannya dihulurkan. "Bak sini kalkulator kau."

Afiq pandang geram muka toya Tyra. Eiii... macam nak kena bedebik aje. Beg di sebelah ditarik ke atas riba. Tangan dicelup ke dalam beg, mencari kalkulator TI-84 Plus CE. Raba-raba... Jackpot! Kalkulator import ditarik keluar. Serentak ada sehelai kertas yang terjatuh.

Tyra mengambil kertas yang terjatuh berdekatan dengan sofa yang didudukinya. Mi nombre es Afiq. Huh? "What the hell is this?"

Bahasa! Mencerun Afiq pandang Tyra. Macam Azwa. Atas sofa duduk sila. Kalau bercakap memang nak selalu aje dia guna 'hell', 'heck' and whatnot. Teruk lah! Sekarang boleh fahamlah macam mana dia orang boleh rapat padahal jumpa tu cuma sekali sekala aje kut. "You need to learn vocab la dear. Belajar pakai perkataan elok sikit. Tak payah nak ikut sangat manga kau tu." Kalkulator dihulur.

Tyra menjulingkan mata. Tanda tak suka kena ceramah petang-petang macam ni. Chet. Bunyi macam waktu lain boleh dengar aje. "Stop your nagging, mister. Apa benda ni?" Tyra pandang Afiq dan kertas tu berselang-seli. Gaya tak faham langsung. Tangan kanan masih memegang kertas tu. Tangan kiri mencapai kalkulator Afiq.

Afiq merengus kasar. Asyik kena dengar cakap minah ni aje. "Mi nombre es Afiq. Spanish." Dia sekadar mengulang ayat yang ditulis dan beritahu bahasa dia je. Afiq dah bersandar pada sofa.

"Spanish?" Tyra menjongket sebelah kening. Sepanyol? "Since when did sekolah kita ada mata pelajaran Espanyol?" Selama belajar kat sekolah ni dua tahun, tak kenal pun sesiapa yang pandai cakap bahasa Sepanyol.

"Mana ada." Mata dipejamkan. Nak rehat lepas dua jam belajar Modern Mathematics. "Tu Asyraff yang ajar. Dia kan dulu duduk dekat Spain. Tiga tahun."

Terasa perasaan ngilu bila Afiq sebut Asyraff. "Asyraff duduk dekat Spain?" Dia menggumam rendah. Woah... Mesti kaya kan dia tu? Dup-dap, dup-dap. Terasa jantung dah berdegup tak ikut rentak biasa. Rasa...

Jatuh cinta.





Mata ditala pada siling. Mendengar bunyi enjin kereta yang lalu atas jalan tar. Friction. Melihat kipas yang ligat berpusing. Tenaga kinetik. Melihat penyaman udara yang turun naik. Tekanan udara. Sejuk. Dingin. Dengan suhu 16 darjah dan kipas level lima, patut gayanya gitu lah.

Tapi tak. Kepala terasa rimas. Terasa menyesakkan. Berselirat naik tepu nak fikir. Berpeluh...

To confess or not to confess? 

Patut atau tak aku bagitau dia? Nak cakap 'saya-suka -awak' bukan satu tugas mudah. Susah. Nanti mesti suara tersekat di kerongkong. Haishh... susahnyee.... Tangan meraup kasar wajah. Menarik rambut yang ditiup angin kembali ke belakang telinga.

Hee... Kalau ada telefon mesti kredit habis. Nak call Azwa, Farz, Zack... Nak dengar lagu One Direction, Bruno Mars, Justin Timberlake... Nak tengok status dekat Facebook, Instagram, Twitter... Mummy... I want my phone...

Hati dah meraung-raung teringat iPhone di tangan guru disiplin. Gila mangai.. Macam mana aku nak mintak mama atau papa ambik phone kat sekolah??? Mustahil! Kalau ikut Matematik, rumus dia macam 1 x 0 = 0. Mustahillll!!!!!

Nafas panjang dihela. Berat lagi memeritkan. Kepala ditoleh ke kiri. Sekarang pukul berapa? Satu pagi. Tapi mata tak ngantuk. Macam mana nak tidur? Apa yang aku patut buat niee....

Baru tersedar. Hati terasa kosong. Hati meminta diisi. Tapi.. diisi dengan apa?

Apakah...?

Apakah perasaan ini?

Dan lena masih juga tidak bertamu.

Comments

  1. Im finally getting the idea of the 'perubahan'. Nice work, girl

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here