Posts

Showing posts from January, 2014

Diari Wardah 7

14 Jan 2013 Huhu... diri saya dihurung rasa bersalah teramatlah pulak. Bukannya saya pergi mencuri atau apa. Tapi saya rasa bersalah sebab suu'uzzhan- Berburuk sangka. Entah dah berapa inci dah saya tikam belakang Kak Zahrah. Sebelum ni kan saya selalu cakap benda buruk aje pasal dia. Walhal pada hakikatnya, Allah sahaja yang tahu betapa suci murni hati dia. "Kenapa tiba-tiba berubah hati ni?" Mesti awak dah dilanda kepelikan teramat, kan diari? Kalau nak tahu kena flashback dulu. ( Flashback time) Kaki yang longlai dipaksa untuk melangkah ke dalam bilik wad 33b. 'Malasnya..', monolog gadis yang juga dikenali sebagai saya dalam diari ni. "Wardah sayang, tolong jaga Kak Zahrah ni sekejap boleh? Ibu belum Solat Zuhur. Tolong ye sayang?" Kata ibu. Saya telan air liur yang terasa payau. Memanglah saya dah terbiasa dengar dia panggil 'sayang'. Tapi kali ni terasa macam dia menipu. Terasa macam kata-kata hanya sekadar kata-k

Diari Wardah 6

13 Jan 2013 Sekarang ni saya berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Rambutan. Melawat kakak yang dah separuh gila.:-)   Okay, fine. Part tu nampak sangat ada penipuan. Kakak saya masih ada mental yang waras. ( Part tu saya bangga) Tapi benda yang saya tak bangga dan tak puas hati pasal dia ialah.. 1-Dia teramat pandai berbanding saya.(Ni kes iri hati ni) 2-Dia selalu jatuh sakit di awal tahun. Habis burn pelajaran saya 3-(orang biasanya kata ' we save the best for the last'  kan? Lebih kurang macam tulah konsep saya) Yang paling saya tak puas hati ialah ibu lebih sayangkan dia....:( Nak contoh yang ibu lebih sayang dia? Contohnya, dalam kereta ni. Ibu ada tak nak ambik anak bongsu dia dari asrama? TAK!!! Kenapa? Sebab ibu di hospital dengan Kak Zahrah!  Well, Miss Wardah. Were you hoping for something else? Ermmm... Let me think. Tak payah tanya pun mesti dah dapat agak jawapan dia= YES! Alaaa.. Kalau dalam kehidupan kawan-kawan saya

Diari Wardah 5

11 Jan 2013 Kenapa Kak Zahrah tu wujud? Hish.. kakak sulung saya tu manja mega giga! Saya benci dia. I hate you, Zahrah Asrar! Dia tu tak sedar diri yang dia tu dah besar panjang. Berapa umur dia? 16 tahun. Dah kira besarlah tu.... Mungkin awak tertanya-tanyakan, diari. Apa masalah saya dengan Kak Zahrah sampai ucap lafaz benci? Sebenarnya (macam tahun-tahun sebelum ni) dia jatuh sakit. Well, bukanlah sakit. Sekadar diSYAKi sakit. Kakak saya tu ditahan di wad kerana 'diSYAKi' sakit. Pastu ibu suruh saya lawat dia. Mula-mula saya rasa "alaaa... mesti warden tak bagi. Don't worrylah, Wardah." Tapi warden sengaja nak buat musuh dengan saya. Dia bagi saya cuti beberapa hari.  Bukannya saya budak nerd yang tak suka cuti. Tapi saya benci nak bertemu empat mata dengan Kak Zahrah.Parah hidup saya. Terimalah hakikat, Wardah. Takkan nak lawan cakap ibu kan?

Diari Wardah 4

7 Jan 2013 Dah seminggu masuk tahun baru. Sekarang baru saya perasan saya belum tulus azam tahun ni lagi. Okay, jom tulis sekarang. Saya tak nak putuskan mana-mana hubungan silaturahim lagi-lagi dengan Sarah. Saya nak berjaya dalam pelajaran. InsyaAllah. Saya nak jadi anak solehah. Saya tak nak marah-marah adik saya(sebenarnye saya tak de adik;p) Good luck to me to succeed my dreams. Ganbatte!  Sebenarnya best jugak duduk kat asrama ni. Ajar kita berdikari and responsibility. Setakat ini dahulu entri saya kali ini. Wassalam. P/S: tolong komen.

Diari Wardah 3

5 Jan 2013 Wah, happy nya saya. Dalam masa 3 hari aje hubungan kami dah rapat. "Wahai cik kak, macam mana awak tahu hubungan korang ni rapat?" Mesti awak ada terfikir nak tanya tu kan, diari? Saya tak kisah pun. Saya happy bila orang tanya pasal hubungan kami. It's more than just friends. It's ukhuwwah. Sebenarnya perkataan bahasa arab- ukhuwwah - berasal dari perkataan akhi. Which means brother. Maknanya kitorang ni bukan setakat kawan, tau. Kitorang ni adik-beradik. Berbalik pada soalan tadi. Macam mana saya tahu? Sebab saya dapat rasakan ikatan yang kitorang jalinkan ni ada  specialty. Mungkin saya tak dapat rasakan sekarang. Tapi kita boleh tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kepada ukhuwwah kami ini. Awak ingat lagi tak saya ada tulis yang Sarah seorang sahaja yang layan saya dengan baik. Sebenarnya saya tulis tu pada waktu petang. Sebab pada sebelah malamnya pula, ramai orang tegur saya lagi-lagi kakak senior. Diorang baik sangat. Semalam pula

Diari Wardah 2

3 Jan 2013 First day sekolah. Boleh tahan jugak lah sekolah ni.  Okay, saya nak cerita sikit ni.  Sudi-sudikanlah menadah telinga awak tu, ye diari kesayanganku. Ops! Saya lupa. Awak mana ada telingalah diari. Awak cuma ada berhelai-helai kertas yang akan diisi oleh tulisan tanganku yang tiada banding kecantikannya. ( Chewahh..  perasan gila minah ni )  Wah, hebat! Dah jauh sangat melencong saya ni. Okay, let's get serious .😎  Nak start cerita dari mana ek? Ermm..  hah. Saya tahu. ( Flashback sikit) "A ssalamualaikum. Nama saya Wardah. Wardah Farihah", tangan yang dah disapu hand sanitizer dihulur. Alaa.. bukannya saya ni pembersih tahap budak-budak gedik. Tapi takut-takut budak perempuan yang duduk sebelah saya ni type macam tu. Budak perempuan tu angkat muka. Kulit dia putih melepak. Senyumannya memag comel. Tak tipu saya cakap. COMEL!! Trust me when I say this. I am no lesbian. Trust me. Anyways, "Waalaikumussalam. Hai. Saya Engku Sarah Sofia. Pan

Diari Wardah 1

1 Jan 2013 Alaa... saya dah sampai di asrama. Eeeeii... bencinya! Kalau bukan sebab ibu, memang saya tak akan jejak kaki di dorm ni. 😭 Setakat ni , saya belum ada kawan. Dulu waktu sekolah rendah, Aryani yang peramah. Kawan yang ramai di facebook tu pun , dia yang tolong carikan. Thank you, Aryani! Semalam ada buat istikharah sikit. Hmmm... nasib badanlah... Saya mimpi duduk kat asrama. Haishh.. nak buat macam mana? Dah nama pun takdir. Takkan nak tolak pulak kan? Eh,dah azan maghriblah. I'd better get ready. See you soon. (Hehe. Teringat See Yew Soon dalam Oh My English. Merapu pulak saya  ni😋) P/S:tolong bagi komen ye?
Hai... Assalamualaikum. Ana harap korang suka. Peace. Hehe Ana akan mulakan dengan novel bertajuk 'Diari Wardah'. Kisahnya tentang persahabatan antara Wardah dan Sarah. Ukhuwwah diorang ni dibawa sampai mati. Gulp, ada pembunuhankah? Hehe, tak adalah.Saje nak bagi saspen sikit. Tapi memang akan ada orang yang meninggal. Nak tahu apa jadi? Bacalah entri-entri diari Wardah ni.