Posts

Showing posts from 2014

Pencarian

Siapa pernah dengar ayat qur'an... "يهدي من يشاء  و  يعذب من يشاء " I'm pretty sure orang yang baca entry kali ni pernah dengar la kan? Obviously... So? What did orang tell you about this ayat? Orang cakap Allah penentu segala. Allah yang bagi hidayah dan Allah mengazab sesiapa yang Dia kehendaki and semua tu Allah buat ikut Allah. And judgement Allah takde siapa boleh bantah. Ada tak orang cakap macam tu? Well, at first bila dengar orang lain tafsirkan macam tu, rasa macam tak adilnya. Not fair! Macam mana kalau orang A ni dah berusaha nak dapat hidayah tapi disebabkan 'takdir' dia diazab dia akan masuk neraka? Padahal he tried to change. Tapi mungkin tak sempat jumpa hidayah, dia mati dalam kafir. Atau macam mana pulak kalau orang B ni tak berusaha langsung tapi tiba-tiba di akhir hayat ada orang suruh dia ucap syahadatain, dia kompem masuk syurga. (bab syurga neraka tu hanya sekadar imaginasi sang budak hingusan) Amacam? Fair ke tak fair tu? Guess wh

Langit Biru bab 4- SPOTCHECK

10.00 pagi. Khamis. " Well,  you only need the light when it's burning low..."  Let her go berdentum rendah di telinga melalui earphone yang dipasang ke iPhone .  Lagu Passenger memang semua daebak .   Ohsem gila wei ! Rambut panjang dia guna untuk tutupkan earphone agar tak kelihatan. Dekat sekolah nie!  Obviously earphone ni barang larangan la kan.         Farz yang duduk sebelah Tyra tergelak kecil. Ni bukan kali pertama Tyra buat perangai macam ni. Tahun lepas tu banyak kali je. Tak pernah kena tangkap. Nasib gila kan? Dia buat muka tak puas hati bila Zack yang duduk barisan hadapan menoleh. Zack balas dengan sengih je.        Tyra pandang Cikgu Waafa kat depan dengan hujung mata.  Muka tak berangkat langsung dari buku atas meja.  Bukan. Bukan sibuk baca buku atau buat nota macam budak  geek . Tapi sibuk menconteng buku teks, lukis  doodles.   She's Tyra.  That rebellious kid. She does what she wants. And everyone knows that. Duh!           Tok tok! K

Langit Biru bab 3- habis sekolah :D

1.00 petang. Isnin. Tyra tersenyum sampai ke telinga  sambil menuju ke perhetian bas. Berakhirnya hari pertama persekolahan lepas hampir dua bulan bercuti. Best!  Sebab akhirnya jumpa kawan-kawan. Betullah kata orang. Kita akan lebih menghargai seseorang itu bila kehilangan dia. So,  cuti sebulan setengah memang boleh buat kita lebih appreciate  kawan-kawan. And  bila kita jumpa balik masa hari pertama sekolah, memang riuh gilalah. What do you expect, right?          Kalau tiba-tiba dia ada boy, memang habis dia kena sakat . Kalau dia ada hairdo baru, memang habis kena puji. Kalau dia ada surgery, memang habis kena interview.  Bunyi macam sebulan setengah tu lama kan?           Ah... good times. Good times. Especially bila jumpa Farz. Jumpa Zack. Jumpa...          AFIQ BERCAKAP DENGAN AYRAFF?!           Terbrek kejap depan pagar sekolah. Am I seeing what I'm seeing?  Afiq? Talking to Asyraff ? Ketua umum? Tok ustaz yang suka ceramah? Telinga terasa panas. Muka dah mera

Langit Biru bab 2- first day of school

7.30 pagi. Isnin. Pap.  Kaki memijak tanah dataran yang bertar. Baju kemeja warna putih bersih diperkemaskan. Nafas dihela. Senyum segaris menguntum di bibir. Bersedialah. Sekolah baru bakal bermula dengan orang-orang yang tak dikenali. Azam untuk cemerlang dalam setiap pelajaran tersemat kemas di dada.          "Woi, kau berangan apa?" Tyra pandang Afiq. Entah apa entah mamat tu fikir. Dari tadi tersenyum tak ingat dunia. Ingat akhirat eh, Bang Fiq? Tyra membetulkan ikatan rambutnya.               Afiq tersenyum lagi. Tak tau nak balas apa.          Ah, sudah. Jangan kata abang sepupu aku ni sewel. "Dahlah. Jom masuk. Aku nak jumpa member ." Terus sahaja Tyra menonong masuk pagar sekolah. Afiq di belakang dijeling nak pastikan mamat tu ikut. Tyra terhenti di tengah-tengah jalan. Dia menghela nafas.  Mamat tu memang ikut. Tapi mata dia meliar pandang kiri kanan macam tak pernah nampak sekolah aje. Tapi tak boleh cakap apa lah kan. Dah memang dari dulu dia

Langit Biru bab 1- What on Earth's got into you?

2.00 petang. Sabtu. "It's seven a.m. in the morning line up..."  Tyra menggumam When will my life begin-  Mandy Moore. Kaki melangkah keluar dari tandas dengan bathrobe  tersarung di tubuh. Dia melangkah ke walk-in wardrobe.          Hari ni nak pakai baju apa? Semalam dah warna merah. Hari ni indigo  lah. Tyra mengukir sengih lebar. Baju blaus berwarna ungu yang tergantung dicapai. Nanti sepupu dia datang. Azwa. Kalau ikut cakap dia, abang dia Si Afiq tu akan tinggal kat sini. Entah betul ke tak. Tapi kalau ya, kira macam pergi 'private asrama' la kiranya.          Kardigan dipakai di luar blaus tersebut. Jeans  putih yang baru dibeli di Buckle semalam dipakai. Pantulan di cermin dihadap. Nice...          Segera dia mengatur langkah ke tingkat bawah. " Morning, ma" Dia pandang mak dia yang tengah siapkan french toast untuk sarapan di dapur.           " Morning, dear"  Ringkas Puan Aneesa membalas. "Lama lagi ke Azrien tu?&q

mukaddimah novel Langit Biru

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH  " Langit tu... asalnya molekul udara dari matahari. The colour 'was' orange. But soon it spreaded wide. So bila dia dah jauh dari molekul lain it turned blue.  Sebab tulah langit warna biru. And when I see the sky, it seems to remind me... everything changes through time. Nothing will remain the same. Nothing... except Allah." Athirah Huda. Bukan gadis biasa.  She's rebellious. No one ever seemed to deny that.  Namun pertemuannya dengan Nawwal Tasneem mengubah segala... ZAMAN UNIVERSITI "Cuba tengok atas. Langit tu biru kan? Sama macam kat Malaysia. Jadi remember. Walau kat mana pun kita, Allah tetap Satu. Tetap Esa. Sama macam langit. Tak kiralah dekat negara mana pun kita, langit tetap biru." London School of Economics and Political Science menemukan Huda dan Nawa setelah lama terpisah. Hubungan mereka kian rapat apabila menempuh pelbagai pengalaman bersama. Pengalaman pahit dan manis, suka dan duka, gembira

CerPen- kekasih hati

Bismillahirrahmanirrahim...  ("Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mereka cintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah..." -Al-Baqarah:165) Aku mengelamun memerhati keindahan ciptaan-Nya. Tasik di hadapan mata sungguh cantik menyapa pandangan. Subhanallah meniti di bibir. Sungguh indah ciptaan Tuhanku...    "Weh!". Seorang gadis memetik jari di hadapanku. "Kau terfikir apa ni? Pakwe  ke?". Fayra menutur sinis. Aku hanya menjuihkan bibir. Ni tak best nih  bila orang tau rahsia kita ni.    " Manede " Aku membalas defensif.    Fayra menjongket sebelah kening. Oh really...?  Kalau betul tak ada apa-apa dia tak akan balas defensif macam tu. Fayra melabuhkan punggung di ruang kosong sebelah aku. "Aku dah lama kenal kau." Rendah dia bersuara. Lebih kepada berbisik. Tangannya merangkul bahu aku.    Aku mengeluh perlahan. I can'

Zulhijjah

salam aidiladha buat uolls yg sudi membaca entri I kali ini. (kahkahkah... ada bunyi macam budak gedik tak?)   Did you know?????? Banyak giiiiiiiiilllllllllleeeeeeeeeeerrrrrrr kelbihan bulan zulhijjah. Di sini ana nak tulis cket je. Kenenot je. Jadi jangan pergi ke memana tau. 1. Sabda Nabi SAW, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah." Para sahabat bertanya, "adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut?" Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya" ( hadis riwayat bukhari) 2. Daripada Ibnu Abbas telah berkata:Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan yang lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini(1-10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah t
penulisan akan dihentikan buat sementara waktu atas alasan-alasan yang separa munasabah. thank you^^ writing will be stopped for a short while due to circumstances that cannot be helped. (haha english berterabur ;P)

CerPen- kuning dan merah jadi oren

Aku merenung ke luar jendela. Perasaan rindu bertakhta di hati. Kenangan silam terbayang-bayang di hadapan mata. "Apa lagi yang kau nak?" Alisha merengus kuat. Aku memandang dia dengan harapan dia akan memaafkanku. Aku tak tahu nak buat apa. Alkisahnya macam ni. Aku dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga ni dari form one lagi. Alisha ni pulak baru masuk tahun ni. Masa form three. Jadi dia tak tahu 'aku' yang sebenar. Pastu bila aku dapat score PMR 9A, dia pergi marah aku. "Tak puas ke kau buat malu aku depan mak ayah aku? Kau tau tak disebabkan kau dapat score, mak ayah aku sindir-sindir aku tau tak?" Aku menunduk. Tau. Sebab tulah alasan dia setiap kali aku nak dekat dengan dia. Lama-lama tu aku dah malas nak dekat dengan dia. Bukannya dia nak gembira sahabat sendiri dapat markah hebat, tapi pergi marah-marah orang pastu dah tak berhubung. And guess what? Bila aku dah malas, dia pulak yang terkejar-kejarkan orang. Memang aku naik angin a

TAHU TAK? duit raya...

Assalamualaikum, dah hamper sebulan kan titew puasa. Yippee... Lusa Aidilfitri. Tak sabarnye nak gi beraya. Tapi hakikatnya sejauh mana kita beraya atas dasar Islam dan sejauh mana kita beraya atas dasar adat??? Antara sedar dan tak amalan bagi duit raya ni macam dah jadi benda mandatory kan bagi masyarakat Malaysia. I'm not saying it's haram or anything. Tapi sebenarnye asal usul duit raya ni sebagai satu motivasi dan galakan supaya the children puasa penuh sepanjang bulan Ramadhan. Tapi hakikatnya dunia dah tunggang terbalik kan sekarang ni? Okay. Cuba muhasabah diri balik. Sape yg sbnrnye dh besar tp masih dpt duit raya? Angkat tangan. (I admit I'm raising up my hand.) #coughcough Sebenarnya kalau dalam Islam duit raya ni diberi waktu bulan Ramadhan. Waktu setiap org mu'min berkejar-kejar nak dapat gelaran 'muttaqin'. Sebab time tu lah pahala berlipat kali ganda. Sape tak nak pahala sedekah? Senang je. Keluarkan seringgit  (pon cukup) dari beratus-ratu

Diari Wardah 14

26 Jan Ngantuknyeeeee.... today's the longest day I've yet been through.   Kesian Sarah. Flashback... Seperti biasa aku mengelamun. 'Terasa macam dah banyak pengelaman yang dilalui oleh saya dan Sarah. Pft. Pure metaphor lah ayat aku!' "Buat apa tu?', tiba-tiba Sarah nyibuk. Aku mencebik. Apa punya soalan tu. Masalah!"Tadabur alam sambil zikir dengan penuh tawadhuk and khusyuk." Dengan rasa tak bersalahnya aku membalas . Perli. "Pergghhh... jawapan orang alim tu! Awak dah jadi ustazah eh sekarang?" Dia tersenyum sumbing. Ish... kalau cakap dengan Sarah mesti tak ada modal nak balas. "bila mak awak datang?" " Jap lagi. Lek ah ." Time tu tengah hari. Jadi kitorang pun tunggu. Pastu lunch kat café. Pastu tunggu. Pastu solat zuhur. Pastu tunggu. Pastu solat asar. Pastu tunggu. ( ceh , bunyi macam life ni boring en?) Pastu kitorang call Puan Izyana. Flashback... (again) "Assalamualaikum." Sa

Diari Wardah 13

24 Jan Hati ini kuat mengatakan ada misfortune yang akan berlaku. Apalah agaknya ye? Hrm... Tak kisahla. Probably nothing. Lagipun sejak kebelakangan ni naluri saya tak betul . Macam peristiwa hari tu yang saya tak nak cerita dalam diari ni. Pft.  Buat bazir kertas je. Anyways, nak update berita terkini. Sabtu ni mak Sarah ajak outing lagi. My mum's business has gone to the over-the-top level.  Tapi sekarang saya dah tak kisah sebab saya tahu dia masih sayangkan saya. Macam mana saya tahu? Kak Zahrah cerita. So yeah. Kak Zahrah dah baik dah sekarang. Setiap petang I call her.  Okay la. Part tu ada penipuan sikit. Takde makne saya nak bayar 20 sen tiap hari untuk cakap dengan dia. Nanti saya jugak yang akan muntah hijau. Tapi dalam tiga hari mesti ada jugak cakap dengan dia. Last sekali. Budak baru tu akan datang tak lama lagi!!!!!! (Gedik tahap tetra mega giga dewa dewi kan saya ni:-)  ) Itu sahaja. Sekian, terima kasih.  Ma'assalamah. Ilalliqa'. ( Baru lepas daf

Diari Wardah 12

22 Jan Aku perlukan inner peace.  Kalau ikutkan hati yang membara ni, memang dah lama dah terasa nak violate hak orang lain. La taghdab.  Bukannya susah sangat pun nak faham konsep tu. Tapi entah kenapa my heart is still aching. Amacam?  Kalau saya jadi penulis novel, agak-agak laris tak novel tu? Hahaha. Tadi tu baru intro aje.  Kalau baca satu novel tu, entah-entah tangan tak boleh nak dilepaskan ye tak? Alkisahnya bermula apabila seorang permpuan ni lahir. Pastu dia mati. Pastu mak dia sedih. Pastu mak dia terasalah macam nak bunuh diri. Pastu keluarlah ayat kat atas tu. Tapi ending dia tak pasti lagi. Agak-agak best tak bila dengar sinopsis tak ber ending ni? Ngahaha. Pure SS lah aku ni! Syok sendiri!!! Oh. Tadi guru kelas kitorang, Cikgu Zulaikha, kata nanti ada foreigner nak pindah sekolah ni. Okey laa. Part tu saya tipu sikit. Dia bukan foreigner. Tapi sebenarnya third culture kid.  Maknanya dia ni actually is a Malaysian tapi dia duduk kat Australia. Oh no. Sekarang n

Diari Wardah 11

20 Jan Hari ni hari Ahad. Hari cuti sedunia. So let's be funky and have fun.^^ Warrgghhh... kepala otak aku dah gila. 😬 Saya kan suka satu novel ni. Saya baca kat internet. Tajuk dia 'Relasi'. Penulis dia terkenal. Hilal Asyraf. Aaarrrggghhhhh............. Aku dah tergila-gilakan novel ni. It just seems to die for. How drop dead gorgeous can it ever get??? :P Ada bunyi aku ni budak gedik tak? Budak SOG bak kata Hlovate. Sissy overdose girl.  Haha. Padahal hakikatnya sentuh pun tak pernah. Nak dead-dead ni apa cerita? Am I right or am I right?  Makin lama saya tulis ni makin tak waras jadinya. So, tataa... Postscript:  1.Petang ni nak bodek ibu suruh belikan Relasi.😇 2.Tadi saya sebenarnya baru bangun dari dua jam qailulah. (pergghh... lama gila!!!!)😴

CerPen- tangga kejayaan

  Pap! Buku latihan add maths ditutup. Satu kuapan saiz sederhana besar dilepaskan. Mata sempat menangkap waktu yang tertera di jam Casio. 12.15.   Aduyai... Ngantuk tahap gaban wei. Amni merungut perlahan. Dia melangkah keluar dari study room yang dikongsi oleh ahli keluarganya termasuk mama and papa. Air conditioner , kipas dan lampu ditutupnya sebelum melangkah keluar.   Perlahan-lahan kaki menaiki anak tangga pertama. Tanpa menyedari diri diperhati dia meneruskan langkah.   " E'hem". Siapa pulak yang berdehem tengah-tengah malam buta ni?? Amni mendongak kepala.   " Yes? How may I help you, Miss Lisa?". Tanyanya dengan nada formal. Sekali dengar, sah orang ingat dia ni receptionist kat hotel.   Lisa tergelak kecil. Ni nak sindir atau baru lepas study English? "Amni dari mana ni?"   Amni buat muka toya. Seriously? Tak nampak ke muka stres dia? "Baru balik dari funfair"   "Baguslah tu. Amni anggap belajar tu fun. As if de

Diari Wardah 10

1 9 Jan 2013 Tadi baru lepas jumpa mak Sarah. Hate to admit it but it's the truth. Cantik. Saya bukan tak suka cakap orang cantik. Tapi saya jeles tengok Puan Izyana. She just seems so perfect. Diakan pandai masak, pandai berbahasa mandarin (Sarah cakap mak dia dulu study kat China). Hebat!  Ibu pun hebat jugak. Dengan penuh bangganya, dia belajar di Australia. Hehe... Saya dah buat kes masuk bakul, angkat sendiri. Masalah mental kan saya ni? :P Oh, by the way, semalam ada sesi usrah. Kitorang sekadar taaruf jek. So saya nak kenalkan diorang. Let me present to you, Usrah Ini Cerita Kita. Usrah Ini Cerita Kita(ICK) Kakak Naqibah~ Nama dia Nadhirah Huda. Tinggal di nun sana merentas Malaysia di Perlis. Warna paling suka biru. Jawatan dia tahun ni, ketua dorm dan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP). Lahir 31 Julai 1996. Setiausaha Usrah Nama diberi Engku Sarah Sofia. (Kawan saya tu!:-) ). Asal dari Ganu. Cita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa sebab nak berbakti

Diari Wardah 9

17 Jan 2013 Hari Khamis. Entah kenapa hari ni rasa malas sangat. Apa yang pasti saya masih lagi rasa bersalah. Apa yang mengingatkan saya tentang perasaan serba salah ni ialah kakak yang selama ini saya kutuk. Semalam saya call. Call siapa lagikan? Mestilah ibu. Takkan nak call stranger pulak kan?  Malangnya Kak Zahrah yang angkat. Bukan saya benci dia bila saya kata 'malangnya'. Tapi saya tak dapat lupakan peristiwa di hospital hari tu.  So yeah. She angkat. Fortunately dia disahkan tidak menghidap denggi. Memang saya rasa happy giler time tu. Lepas habis telefon, terus aje saya pergi surau untuk sujud syukur. Alhamdulillah...:-)  Ingat lagi tak saya pernah cakap yang kakak MPP nak buat group usrah? Haaa... Nak tahu siapa ahli kumpulan saya? Kak Nadhira, Farzanah, Khadijah, Aireen, saya dan.... Jeng jeng jeng..... SARAH!!!!!:-)  Yeah! Best! I'm  excited to start my first usrah. Sebab APA lagi? Of course sebab adanya Sarah merangkap best friend fiddunya wal

Diari Wardah 8

15 Jan 2013 Warghhh..... That was me stretching and yawning extremely wide.  Ya Allah, ngantuknya saya saat ini. Sekarang saya di dalam dorm. Pukul 10 malam. Baru lepas gosok gigi. Saya ngantuk bersebab tau. Sebabnyee.. baru lepas siapkan kerja rumah - hutang cuti dua hari. Mungkin awak akan rasa pelik. Kenapa tulis malam-malam buta ni kalau ngantuk tetra mega giga? Because I have HUGE news. Saya dapat tahu daripada Sarah yang ibu dia ajak saya outing Sabtu ni. Wah, baiknya ibu dia. Tak sabar saya nak jumpa wanita yang telah melahirkan seorang gadis baik, cantik dan etc, etc.   Tiba-tiba teringat pulak satu hadis ni. Dia cakap... eh, tak betullah saya ni. Baginda bersabda: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka" And guess what? Hadis ni riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi. Maknanya sahih punya sahih hadis

Diari Wardah 7

14 Jan 2013 Huhu... diri saya dihurung rasa bersalah teramatlah pulak. Bukannya saya pergi mencuri atau apa. Tapi saya rasa bersalah sebab suu'uzzhan- Berburuk sangka. Entah dah berapa inci dah saya tikam belakang Kak Zahrah. Sebelum ni kan saya selalu cakap benda buruk aje pasal dia. Walhal pada hakikatnya, Allah sahaja yang tahu betapa suci murni hati dia. "Kenapa tiba-tiba berubah hati ni?" Mesti awak dah dilanda kepelikan teramat, kan diari? Kalau nak tahu kena flashback dulu. ( Flashback time) Kaki yang longlai dipaksa untuk melangkah ke dalam bilik wad 33b. 'Malasnya..', monolog gadis yang juga dikenali sebagai saya dalam diari ni. "Wardah sayang, tolong jaga Kak Zahrah ni sekejap boleh? Ibu belum Solat Zuhur. Tolong ye sayang?" Kata ibu. Saya telan air liur yang terasa payau. Memanglah saya dah terbiasa dengar dia panggil 'sayang'. Tapi kali ni terasa macam dia menipu. Terasa macam kata-kata hanya sekadar kata-k

Diari Wardah 6

13 Jan 2013 Sekarang ni saya berada di dalam kereta dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Rambutan. Melawat kakak yang dah separuh gila.:-)   Okay, fine. Part tu nampak sangat ada penipuan. Kakak saya masih ada mental yang waras. ( Part tu saya bangga) Tapi benda yang saya tak bangga dan tak puas hati pasal dia ialah.. 1-Dia teramat pandai berbanding saya.(Ni kes iri hati ni) 2-Dia selalu jatuh sakit di awal tahun. Habis burn pelajaran saya 3-(orang biasanya kata ' we save the best for the last'  kan? Lebih kurang macam tulah konsep saya) Yang paling saya tak puas hati ialah ibu lebih sayangkan dia....:( Nak contoh yang ibu lebih sayang dia? Contohnya, dalam kereta ni. Ibu ada tak nak ambik anak bongsu dia dari asrama? TAK!!! Kenapa? Sebab ibu di hospital dengan Kak Zahrah!  Well, Miss Wardah. Were you hoping for something else? Ermmm... Let me think. Tak payah tanya pun mesti dah dapat agak jawapan dia= YES! Alaaa.. Kalau dalam kehidupan kawan-kawan saya

Diari Wardah 5

11 Jan 2013 Kenapa Kak Zahrah tu wujud? Hish.. kakak sulung saya tu manja mega giga! Saya benci dia. I hate you, Zahrah Asrar! Dia tu tak sedar diri yang dia tu dah besar panjang. Berapa umur dia? 16 tahun. Dah kira besarlah tu.... Mungkin awak tertanya-tanyakan, diari. Apa masalah saya dengan Kak Zahrah sampai ucap lafaz benci? Sebenarnya (macam tahun-tahun sebelum ni) dia jatuh sakit. Well, bukanlah sakit. Sekadar diSYAKi sakit. Kakak saya tu ditahan di wad kerana 'diSYAKi' sakit. Pastu ibu suruh saya lawat dia. Mula-mula saya rasa "alaaa... mesti warden tak bagi. Don't worrylah, Wardah." Tapi warden sengaja nak buat musuh dengan saya. Dia bagi saya cuti beberapa hari.  Bukannya saya budak nerd yang tak suka cuti. Tapi saya benci nak bertemu empat mata dengan Kak Zahrah.Parah hidup saya. Terimalah hakikat, Wardah. Takkan nak lawan cakap ibu kan?

Diari Wardah 4

7 Jan 2013 Dah seminggu masuk tahun baru. Sekarang baru saya perasan saya belum tulus azam tahun ni lagi. Okay, jom tulis sekarang. Saya tak nak putuskan mana-mana hubungan silaturahim lagi-lagi dengan Sarah. Saya nak berjaya dalam pelajaran. InsyaAllah. Saya nak jadi anak solehah. Saya tak nak marah-marah adik saya(sebenarnye saya tak de adik;p) Good luck to me to succeed my dreams. Ganbatte!  Sebenarnya best jugak duduk kat asrama ni. Ajar kita berdikari and responsibility. Setakat ini dahulu entri saya kali ini. Wassalam. P/S: tolong komen.

Diari Wardah 3

5 Jan 2013 Wah, happy nya saya. Dalam masa 3 hari aje hubungan kami dah rapat. "Wahai cik kak, macam mana awak tahu hubungan korang ni rapat?" Mesti awak ada terfikir nak tanya tu kan, diari? Saya tak kisah pun. Saya happy bila orang tanya pasal hubungan kami. It's more than just friends. It's ukhuwwah. Sebenarnya perkataan bahasa arab- ukhuwwah - berasal dari perkataan akhi. Which means brother. Maknanya kitorang ni bukan setakat kawan, tau. Kitorang ni adik-beradik. Berbalik pada soalan tadi. Macam mana saya tahu? Sebab saya dapat rasakan ikatan yang kitorang jalinkan ni ada  specialty. Mungkin saya tak dapat rasakan sekarang. Tapi kita boleh tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kepada ukhuwwah kami ini. Awak ingat lagi tak saya ada tulis yang Sarah seorang sahaja yang layan saya dengan baik. Sebenarnya saya tulis tu pada waktu petang. Sebab pada sebelah malamnya pula, ramai orang tegur saya lagi-lagi kakak senior. Diorang baik sangat. Semalam pula

Diari Wardah 2

3 Jan 2013 First day sekolah. Boleh tahan jugak lah sekolah ni.  Okay, saya nak cerita sikit ni.  Sudi-sudikanlah menadah telinga awak tu, ye diari kesayanganku. Ops! Saya lupa. Awak mana ada telingalah diari. Awak cuma ada berhelai-helai kertas yang akan diisi oleh tulisan tanganku yang tiada banding kecantikannya. ( Chewahh..  perasan gila minah ni )  Wah, hebat! Dah jauh sangat melencong saya ni. Okay, let's get serious .😎  Nak start cerita dari mana ek? Ermm..  hah. Saya tahu. ( Flashback sikit) "A ssalamualaikum. Nama saya Wardah. Wardah Farihah", tangan yang dah disapu hand sanitizer dihulur. Alaa.. bukannya saya ni pembersih tahap budak-budak gedik. Tapi takut-takut budak perempuan yang duduk sebelah saya ni type macam tu. Budak perempuan tu angkat muka. Kulit dia putih melepak. Senyumannya memag comel. Tak tipu saya cakap. COMEL!! Trust me when I say this. I am no lesbian. Trust me. Anyways, "Waalaikumussalam. Hai. Saya Engku Sarah Sofia. Pan

Diari Wardah 1

1 Jan 2013 Alaa... saya dah sampai di asrama. Eeeeii... bencinya! Kalau bukan sebab ibu, memang saya tak akan jejak kaki di dorm ni. 😭 Setakat ni , saya belum ada kawan. Dulu waktu sekolah rendah, Aryani yang peramah. Kawan yang ramai di facebook tu pun , dia yang tolong carikan. Thank you, Aryani! Semalam ada buat istikharah sikit. Hmmm... nasib badanlah... Saya mimpi duduk kat asrama. Haishh.. nak buat macam mana? Dah nama pun takdir. Takkan nak tolak pulak kan? Eh,dah azan maghriblah. I'd better get ready. See you soon. (Hehe. Teringat See Yew Soon dalam Oh My English. Merapu pulak saya  ni😋) P/S:tolong bagi komen ye?
Hai... Assalamualaikum. Ana harap korang suka. Peace. Hehe Ana akan mulakan dengan novel bertajuk 'Diari Wardah'. Kisahnya tentang persahabatan antara Wardah dan Sarah. Ukhuwwah diorang ni dibawa sampai mati. Gulp, ada pembunuhankah? Hehe, tak adalah.Saje nak bagi saspen sikit. Tapi memang akan ada orang yang meninggal. Nak tahu apa jadi? Bacalah entri-entri diari Wardah ni.