Langit Biru bab 5- Study group

2.00 petang.
Khamis.

Pantulan diri di cermin dihadap bersungguh-sungguh. Tak nak ada cacat cela langsung.Takut-takut terserempak dengan dia ke...
          Okay. Concealer, done. Bedak, done. Lipstick, done. Blusher, done. Eye liner, done. Cekak, done. And those are the basics to have a beautiful, non-pale face. Hati tertawa terbahak-bahak pandang calitan di bibir. Tebal gila mak oi! Dah la warna merah menyala. Tapi untuk dia, aku sanggup.
             Itupun sebenarnya aku rasa tak cukup untuk menang hati dia. Entah kenapa rasa macam dia punya type yang bertudung litup selubung satu badan. Tapi kalau ikutkan balik... dia? Like hell. I didn't even realize when did he came to the picture?
               Teringat petang tu...
"Athirah Huda..." Suara dia yang lembut menerjah cuping telinga.
Oho. Hati dah berdebar lain macam. Tak berani nak toleh pandang Asyraff yang keluar dari bilik guru. Huhu... Nasib telefon aku ada dalam tangan dia... "Disebabkan rekod disiplin awak yang bersih, Cikgu Ah Chong cakap..." Asyraff hanya memaku mata pada Afiq yang berada tidak jauh dari situ. "...awak boleh dapat phone awak balik dengan syarat mak ayah yang datang ambil."
Mata membuntang luas. Gila! Nak suruh mama atau papa datang ambil? They both are like the busiest parent in the entire world! Waaaa... I am never getting my iPhone back...
           Toktok. Ketukan di pintu menariknya kembali ke bilik."Ye?" One last check  dekat cermin.
           Pintu dikuak dari luar. "Jomlah." Afiq mengajak.
          "Okay." Nafas panjang dihela. Beg berkain denim yang terdampar di atas katil disambar sebelum mengikut langkah Afiq keluar bilik.




Beg diletak ke tepi. Buku Express Kemahiran Hidup Bersepadu dan coklat KitKat dikeluarkan. Angin menepuk pipinya perlahan apabila mata menoleh pada tasik di tengah-tengah taman.
         Lake Valley. Taman tasik tu banyak jadi saksi hidup dia. Masa dia bosan, pergi taman. Masa nak belajar, pergi taman. Masa sedih, pergi taman. Masa nak lari main polis sentri, pergi taman. Okaylah. Sebenarnya dia tak pernah main polis sentri masa dia kecik-kecik dulu. Serious! Dia tak faham apa best sangat game lari-lari tu.
          Balutan KitKat dibuka sambil mata menebar pandangan ke seluruh taman. Teringat peribahasa belajar masa tingkatan dua. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Dia tersenyum segaris. Betul. Tengok aje lah kat taman ni. Ada yang lari, jogging, jalan, bagi ikan makan, main layang-layang et cetera. Taman ni bukanlah besar sangat tapi ragam manusia dalamnya yang sikit tu pun dah lain sangat-sangat.
          Tiba-tiba mata berhenti pada susuk tubuh Afiq. Tadi dia datang dengan Afiq ke taman ni sama-sama. Masa sampai je terus masing-masing dengan haluan masing-masing. Dia dengan study group dia. Aku dengan study group aku YANG AKU DAH TUNGGU LIMA BELAS MINIT TAK SAMPAI-SAMPAI LAGI!!!!! Kalau aku ada telefon aku sekarang ni memang sah aku dah flood kan inbox Farz dan Zack sekarang ni. Huh, janji melayu sungguh!
          "Tyra, I am so sorry..." Suara orang termengah-mengah di belakang membuatkan dia berkerut kening. Heh. Habislah kau, Farz. Bersedialah kena hambur. Dia menarik nafas panjang sambil mengembungkan pipi. "Tyra..." Farz masuk ke dalam pondok.
              "Kau tahu tak dah berapa lama aku tunggu kau? Lima belas minit kot..." Tyra mengangkat kepala. Mati terus bebelannya dengan ekor yang panjang. Berkelip-kelip mata dia pandang Farz. Serious ke ni Farz? "Farz..?"
               "Tyra...?"
             "Kau ada wardrobe malfunction ke?!"
             "Kenapa kau habiskan satu tube lipstick?!"
             Uhuk. Tyra tersedak sikit apabila cuba menahan tawa. Aduh... Ini memang boleh buat senak perut. Serentak Tyra dan Farz ketawa tergelakkan masing-masing. Siapa tak gelak kot tengok Farzany Lia sekarang ni! Dengan rambut diikat tinggi macam Anna dalam cerita Frozen masa coronation day. Pastu muka tebal pakai make up; bedak seinci, eye mascara lentik dia memang... pergghhh dan dekat telinga dia ada anting-anting yang bentuk hula hoop. Memang epik. Baju pulak bling sana bling sini. Ini gaya orang pergi taman ke? Hah! Dua perkataan menrangkan segalanya. Epic. Fail.
            "Aku..." Farz menarik nafas apabila tawanya reda."...nak pergi dinner nanti."
            Nafas Tyra tertahan-tahan. Ayat yang dilafazkan terasa tidak lengkap. "Dengan...?"
           Farz menekur lantai. Pipi dah berubah rona merah. "Dengan.. boyfriend." Perkataan yang terakhir itu hanya diucap perlahan.
         "Gosh! Are you serious, girl?" Tyra melonjak gembira. Dia dah tepuk tangan sambil melompat dalam gazebo. Teruja tahap maha diraja! Farz memang entah sampai bila dia nak jadi gadis suci lindungan Kaabah. Okey. Tu macam dah terlebih hiperbola pulak. Tapi cuma... Farz ni.. dia tak pernah-pernah pasang boyfriend langsung sebelum ni.
        "Mesti kau gula dia kan?"  Satu suara dari belakang Tyra membuat dia menoleh 180 darjah ke belakang.
       "Ish.  tak baik ah cakap macam tu.  Kejam!"  Tyra menyiku Zack.
         Zack hanya tersenyum nakal.  "Dah tu? Dia ambik dari mana lagi? Betul tak?  Sah dia letak sihir dekat mamat malang tu."
         "Hoi! That's just soo...  cruel. Blah la." Farz mengeluarkan ugutan bunuh. Dia memeluk tubuh.
          Zack hanya buat muka selamba heck care.
         "I jumpa dia masa pergi club semalam." Farz menerang pendek.
       "Kau pulak?" Zack beralih pandang Tyra. "Yang pakai gincu macam orang amatur tu pahal?" Tebal semacam. Gaya orang baru belajar nak pakai gincu aje.
         "Aku dah fall head over heels kat satu guy nie."
         "Apa?"
          "Tipu!"
         Dua-dua bagi reaksi terkejut habis. Serentak Farz dan Zack pandang sesama sendiri.
         "Manede tipu." Kering Tyra balas dengan senyum pendek.
          "Si.a.pa?" Sepatah-sepatah Farz tanya.
          "Adalah... rahsia...." Senyum bertambah lebar. Enggan memberitahu sesiapa. "Nanti bila aku dah confess pada dia, baru aku confess pada kau orang, eh?"
           "Tak nak. Bagitau sekarang jugak." Zack memeluk tubuh.
          "Alaa... nantilah..." Tersenyum lagi. "Eh, hari tu kita berhenti kat mana?" Tyra segera menukar topik. Wajah menunduk. Meneliti isi kandungan buku rujukan kecil yang diriba.
             "Huh." Zack menghela nafas kasar apabila Tyra menukar topik.
             "Lukisan Teknik. Tingkatan dua."

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here