Diari Wardah 14

26 Jan

Ngantuknyeeeee.... today's the longest day I've yet been through. Kesian Sarah.

Flashback...
Seperti biasa aku mengelamun. 'Terasa macam dah banyak pengelaman yang dilalui oleh saya dan Sarah. Pft. Pure metaphor lah ayat aku!'
"Buat apa tu?', tiba-tiba Sarah nyibuk.
Aku mencebik. Apa punya soalan tu. Masalah!"Tadabur alam sambil zikir dengan penuh tawadhuk and khusyuk." Dengan rasa tak bersalahnya aku membalas . Perli.
"Pergghhh... jawapan orang alim tu! Awak dah jadi ustazah eh sekarang?" Dia tersenyum sumbing.
Ish... kalau cakap dengan Sarah mesti tak ada modal nak balas. "bila mak awak datang?"
"Jap lagi. Lek ah."

Time tu tengah hari. Jadi kitorang pun tunggu. Pastu lunch kat café. Pastu tunggu. Pastu solat zuhur. Pastu tunggu. Pastu solat asar. Pastu tunggu. (ceh, bunyi macam life ni boring en?) Pastu kitorang call Puan Izyana.

Flashback... (again)
"Assalamualaikum." Sarah memberi salam sebaik sahaja orang di hujung talian mengangkat telefon. Aku pulak duduk je sebelah Sarah. Okaylah. Obviously tak duduk. Berdiri aje.
Seketika suasana jadi senyap. Cuma dengar bunyi burung berkicau dan nyamuk yang dari tadi buat aku marah.
"Umi ada tak? Salma tau tak umi dekat mana? Tadi kata nak datang tapi sampai sekarang tak sampai lagi. Dahlah sekarang pukul 5. Pukul 6 nanti dah tak boleh outing." Dia merungut pada adik dia. Engku Salma Suhaila. Darjah 2.
"..."
"Hah?!"Sarah tutup mulut dia. Dia nampak ketakutan tiba-tiba. Nampak sedih.
"..."
Perlahan-lahan Sarah letak gagang. Alaa 'perlahan-lahan' macam sesetengah drama Melayu. (Hehe. Bertuah punya kawan)
"Kenapa, Sarah?"Sebagai kawan yang prihatin. Aku cepat-cepat bertanya.(Seventh sense).
"Umi.." terketar-ketar seluruh badan Sarah. Seakan-akan perit untuknya meneruskan kata. "...Salma kata Umi dah tak de"

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here