Langit Biru bab 7- Pengakuan

7.00 pagi
Jumaat.


Tyra menyarungkan baju kurung warna putih dengan kain biru. Rambut diikat ponytail. Nafas panjang ditarik. It's THE day. Selepas semalaman berfikir tanpa tidur, akhirnya aku memutuskan untuk memberitahu dia. Selepas.. I don't know... a day or two probably... memendam perasaan akhirnya aku nak bagitau jugak dia. 

Bedak ditempekkan ke muka. Sedikit celak dicalit pada mata. Lip balm disapu sedikit di bibir. Chantek~ Ehe. Terlebih perasan pulak.

Okay. Back to business. Beg yang diletak di atas lantai sebelah pintu digalas ke atas bahu. Lampu ditutup dan langkah diatur ke luar bilik. Pintu bilik Afiq yang bertutup dipandang dengan hujung mata. Mamat tu biasanya sarapan dulu baru mandi. Aku ni the opposite. Mandi dulu baru makan. Langkah diatur menuruni tangga. Melepasi bilik mama dan papa. Hari ni mama ambik day-off. Ambik papa kat airport.

Tyra hum lagu Learn Me Right - Birdy, Mumford & Sons versi Julie Fowlis. Kaki memijak lantai tingkat bawah. Bersih. Pandai amah ni buat kerja. Automatik bibir menarik senyum. Langkah diatur ke meja makan pula.

Mama sedang menuang maple syrup atas pancake. Bik Cha buat pancake memang sedap. Lagi-lagi pancake pisang dia. Mmmm.. Yum yum! Kadang-kadang tu dia sampai bawak pancake pergi sekolah.

Mama angkat kepala tengok Tyra tarik kerusi di hadapannya. Beg sekolah dilurutkan di kerusi sebelah. Pinggan dicapai.

"Morning, honey." Pancake disua ke dalam mulut.

Hujung bibir menarik senyum lebar. Automatik. Hari ni terasa nak senyum je... Ulala... I'm finally confessing to my true love... "Good morning. Wonderful weather we're having today, yes?" Ehe. British accent.

Puan Aneesa berkerut sedikit. Kening terangkat sebelah. "Yes..?" Teragak-agak mama jawab.

Dua pancake diletakkan atas pinggan. Tyra tuang maple syrup. Sengih belum padam. Rasa nak bagitau semua orang aje dia nak confess hari ni. Eh, haah la. Sekarang kan semua benda ada di hujung jari. Tekan-tekan aje satu world wide web boleh tau. Kenapalah tak fikir dari awal lagi? Mana phone? 

Mata membulat terus. Rahang terjatuh. Kena rampas!!! Lupa!!! Oh, man! I forgot all about my phone getting confiscated! I am such a dead meat!

"Kenapa?" Mama dah naik pelik. Tadi gembira bukan main. Sekarang panik pulak.

"Err.." Nak kena bagitau ke? Nanti mesti kena marah. Tapi mama je yang boleh ambik phone tu.


"Kenapa?" Sekali lagi mama tanya. Mama letak sudu dan garfu. Wajah Tyra ditatap.

Mata dah tak tentu arah pandang sana sini. "Mama..." Nak bagitau tak???

"Ye?"

"Sebenarnya..."

"Hmm?"

"Phone Tyra kena rampas." Rendah suara dia keluar. Tyra dah mula menikus ketakutan.

"What??!!" Suara mama memetir. Serentak satu pintu di tingkat atas dibuka.

"Cikgu kata boleh ambik balik kalau parents yang datang." Kecil suara Tyra menyambung.

Mata mama memancar sinar kemarahan. "So you expect me to go to your school and get your phone?! Is that what you're expecting?! Tu lah. Mama dah kata mama tak suka Tyra kawan dengan Zack tu. Mama kenal mak dia. And she sucks as bad as a chewing gum under the canteen table. Entah kerja apa entah dia buat malam-malam tu. You're grounded, Tyra! No more going out after this. Habis sekolah terus balik rumah. Jangan pergi melencong mana-mana or I'll extend your grounding sampai PT3."

Tyra pandang mama geram. Nak lawan. Mulut dah terbuka dah. Tapi bila nampak Afiq kat belakang tu tak jadi. Tak nak Afiq cerita dekat kawan dia tu. Tyra memeluk tubuh.





'Kriinnggggg..."

Loceng sekolah berbunyi. Menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Menandakan permulaan cuti hujung minggu. Cikgu Fara dah keluar dalam 5 minit yang lepas.

"Tyra. Dah sedia?"

Tyra menggalas beg ke bahu. Dia menarik sengih. "Jangan tanya soalan luar alam boleh tak? Of course lah aku dah ready."

Farz turut sengih. "You're asking the wrong girl, man."

Zack sengih sekali. Join the club.





"Aamiin." Selesai bacaan doa.

 Tyra bangun dari bangku. Senyum lebar. Bila-bila masa dia akan keluar dari pintu surau depnnya sekarang. Dah bersedia nak luahkan perasaan. Dia yang Tyra suka ni baik. Dan Tyra memang dah hafal jadual harian dia. Lepas habis sekolah, mengaji di surau, lepas solat zuhur jemaah baru balik rumah. Bila fikir balik, dia tu bukanlah type Tyra. Tapi hati dah jatuh...

Dia keluar. Kasut disarung.

Tyra menggigit bibir. Bersedialah...

Berlalu pergi. Tak sedar kehadiran Tyra.

"Emm.. Asyraff."

Asyraff berhenti. Perlahan-lahan dia berpaling menghadap Tyra. Tapi tak pandang mata ke mata. Dia hanya merenung pintu surau.

Tyra menarik nafas. Just spill it, girl. Tak payah pendam lagi dah. "I.. like.. you." Tyra menunduk. Merenung kasut putih yang bersarung di kaki.

Kening Asyraff berkerut. Sepuluh saat Asyraff mendiamkan diri. "Did you know 'te odio' in Spanish actually means 'I hate you'. So jawapan bagi your luahan is.. te odio." Asyraff menarik sengih sebelah. Dia berpaling dan meneruskan langkah.

Terus Tyra angkat kepala. Memerhati belakang Asyraff yang berlalu pergi dengan perasaan berkecamuk. Kecewa, sedih, geram dan yang pastinya marah...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here