Langit Biru bab 4- SPOTCHECK

10.00 pagi.
Khamis.

"Well,  you only need the light when it's burning low..."  Let her go berdentum rendah di telinga melalui earphone yang dipasang ke iPhone.  Lagu Passenger memang semua daebak.  Ohsem gila wei! Rambut panjang dia guna untuk tutupkan earphone agar tak kelihatan. Dekat sekolah nie! Obviously earphone ni barang larangan la kan.
        Farz yang duduk sebelah Tyra tergelak kecil. Ni bukan kali pertama Tyra buat perangai macam ni. Tahun lepas tu banyak kali je. Tak pernah kena tangkap. Nasib gila kan? Dia buat muka tak puas hati bila Zack yang duduk barisan hadapan menoleh. Zack balas dengan sengih je.
       Tyra pandang Cikgu Waafa kat depan dengan hujung mata.  Muka tak berangkat langsung dari buku atas meja.  Bukan. Bukan sibuk baca buku atau buat nota macam budak geek. Tapi sibuk menconteng buku teks, lukis doodles. She's Tyra.  That rebellious kid. She does what she wants. And everyone knows that. Duh!
          Tok tok! Ketukan di pintu kedengaran perlahan menyapa telinga Tyra. Memang tipulah kalau guna frasa 'loud and clear' kan? Heh. Sekilas dia angkat muka. Kedudukan meja dia yang dekat belakang kelas membuatkan dia tak nampak gerangan orang kat luar kelas. Kelihatan Cikgu Waafa berjalan ke arah pintu. Tyra pandang buku teks Sains balik. Lukis Mouri Ran, watak dalam manga Detective Conan.
           "Okay." Satu suara asing dalam kelas tu buat Tyra angkat wajah serta-merta. Apa dia buat kat sini? Berkerut-kerut kening Tyra pandang dia. Tyra tarik earphone dari kedua-dua belah telinga. Nak dengar apa mamat tu cakap.
          "Kita akan adakan spotcheck."
          Pernah dengar tak 'pen is mightier than sword'? Macam tu lah apa yang Tyra rasa sekarang. Satu ayat ringkas tu mampu buat jantung Tyra berhenti berdegup sekejap. Tapi tak lamalah. Sebab kalau tak memang van jenazah datang la sekolah ni. Ehe.
          "Sila beratur di luar kelas."
         Nak simpan iPhone kat mana? Pengawas-pengawas sekolah ni memang serious strict. Seekor lalat pun diorang takkan biarkan lalu macam tu je. Eh? Macam melampau je perumpaan tu. Ah, biarlah! Perlahan dia simpan earphone bawah meja.
     Kaki melangkah perlahan-lahan ke luar kelas. Tangan mula terasa sejuk. Dahi pula mula merembeskan peluh. Hati dari tadi berdegup dengan tersangat laju. Mungkin lagi laju dari cheetah. Mungkinlah. Tapi... hati yang berdegup ni bukan sebab takut. Dia tahu, sebab bila takut, badan dia akan menggigil. Dan kali ni badan dia tak gigil tapi hati dia... rasa macam ada perasaan ngilu. Rasa macam...
       "Cepatlah sikit jalan tu." Suara Syafira mematikan lamunan Tyra. Tyra dongakkan kepala. Terjegil mata dia pandang Syafira. Heeee... Aku memang pantang betul kalau ada orang tinggikan suara macam tu. Geram tahap tetra mega giga!!!
          "SHUT UP!" Suara Tyra dah meninggi tengking Syafira. Boleh nampak Syafira menelan liur. Heh. Takutlah tu. Hati yang tadi berdegup laju serta-merta terasa panas. Tangan dia genggam menahan amarah.
          Syafira pandang geram. Kenapalah aku terasa lapar sangat macam nak makan orang je ni? Dia mengangkat tangan nak menampar Tyra. Kurang ajar minah tu.
         "Syaf." Tiba-tiba bahunya ditepuk perlahan. Tangan dia dipegang dari belakang. Terhenti tangan dia di tengah-tengah udara. Dia berpaling ke belakang. Kak Nawa! "Awak tengokkan budak lain la." Kak Nawa tersenyum manis macam tak nampak apa yang berlaku.
          Syafira berlalu pergi tak cakap apa-apa.
          Tyra menarik sengih sinis. Buat kerja separuh jalan je? Sarkastik meleleh dalam hati.
         "Keluarkan barang dalam poket." Nawa memberi arahan. Dia mengeluarkan barang-barang dalam poket. Ada sepeket tisu. Tu aje. Duit dia simpan dalam purse dalam beg. Malas nak pegang purse saiz gabak tu. Nawa menarik sengih. Tyra ni budak baik sebenarnya. Rekod disiplin budak ni bersih apa. Tak pernah kena demerit  setakat ni. Tapi banyak kali la jugak orang lapor budak ni bawak phone. Cuma benda tu tak pernah nak disahkan kesahihannya.
           "Akif." Satu suara dari dalam kelas menyapa telinga. Bertembung pandangan Tyra dengan seseorang. Hati berdegup makin pantas. Dia pandang si pengawas yang ada kat depan kelas.
              Akif, pengawas kelas Tyra, angkat kepala daripada selongkar kotak pensel siapa entah. "Apa dia?"
              "Ni meja siapa?" Dia menyoal sambil berkerut kening. Tyra memerhati dia dari jauh. Oho. Tangan dah mula sejuk balik. Dahi pun dah mula mengeluarkan peluh hangat. Ni syndrome apa ni? Aku ada sakit ke? Hati menyoal perlahan. Bibir bawah diketap.
            "Simpan balik." Suara Nawa menariknya kembali ke tempat dia berdiri. Tyra memejam celik mata beberapa kali. Nak cuba fokus. Okay. Dia simpan tisu dalam poket. "Tengok kuku." Tyra menghulurkan tangan. Mata kembali ditala ke dalam kelas. Pandang dia. Eh,jap. Jap. Tu bukan meja aku ke?!
          Nawa memegang tangan Tyra. Pendek. Tak berwarna. Bagus. Cuma ada satu benda tak kena. Kenapa tangan dia ni sejuk semacam? Dia angkat kepala meneliti wajah Tyra. Huh... minah tu tak pandang pun. Tapi boleh nampak ada manik-manik halus dekat dahi. Budak ni berpeluh? Bibir tertawa kecil. Dia mencari arah pandang Tyra. Erk. Dia? Tak sangka aku. Haha.
          "Oh.. tu meja Athirah Huda." Suara Akif dari dalam kelas membuat dia gigit bibir bawah makin kuat.
           Boleh nampak mulut dia gumam Athirah Huda. Dia mencapai sesuatu bawah meja. Mata Tyra membulat. Oh, no. I am so dead.




Tyra hanya mampu menggigit bibir. Dipejamkan mata beberapa ketika. Huhu... seram. Kena tunggu depan bilik guru sementara Asyraff, ketua umum, di dalam. Tengah bincang dengan guru disiplin, Cikgu Ah Chong. Bincang pasal tindakan yang akan dikenakan pada dia kerana membawa telefon. Haihh... Aku hanya mampu harap yang aku dapat balik telefon tu.
        Waahhhhh.... Jam Flieger di tangan ditatap. Lamanya masa ni merangkak!!! Baru lima minit duduk sini?! Gahhh.... I want my mummy... Dia meraup wajah kasar. Seketika kepala didongakkan. Dari jauh Afiq kelihatan memerhati. Dah habis waktu sekolah. Mungkin Uncle Sham dah sampai.
       Bunyi pintu bilik guru dibuka kedengaran. Tak sanggup nak pandang orang yang keluar dari pintu. Entah siapa. Sama ada Asyraff atau Cikgu Ah Chong. Namun orang itu hanya mendiamkan diri. Jeda. Tak tau nak cakap apa.
      Tyra hanya pandang Afiq. Afiq bagi isyarat tunjuk jam dia. Lepas tu tunjuk arah luar pagar. Tyra mengangguk faham. 'Cepat sikit. Uncle Sham dah sampai.' Faham. Sangat-sangat faham.
      "Huhh..'' Kedengaran orang tu melepaskan nafas berat. "Athirah Huda..." Lembut dia memanggil.
       Terdengar suara tu hati terus memainkan irama tak menentu.

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here