Diari Wardah 8

15 Jan 2013

Warghhh.....
That was me stretching and yawning extremely wide. Ya Allah, ngantuknya saya saat ini. Sekarang saya di dalam dorm. Pukul 10 malam. Baru lepas gosok gigi.
Saya ngantuk bersebab tau. Sebabnyee.. baru lepas siapkan kerja rumah - hutang cuti dua hari.
Mungkin awak akan rasa pelik. Kenapa tulis malam-malam buta ni kalau ngantuk tetra mega giga?
Because I have HUGE news. Saya dapat tahu daripada Sarah yang ibu dia ajak saya outing Sabtu ni. Wah, baiknya ibu dia. Tak sabar saya nak jumpa wanita yang telah melahirkan seorang gadis baik, cantik dan etc, etc. 
Tiba-tiba teringat pulak satu hadis ni. Dia cakap... eh, tak betullah saya ni. Baginda bersabda: "Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka"
And guess what? Hadis ni riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi. Maknanya sahih punya sahih hadis ni tak boleh dipertikaikan!
Kena syndrome ngantuklah. Dahlah belum baca Surah Al-Mulk. Setakat ini dahulu buat masa ini.
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here