Diari Wardah 13

24 Jan

Hati ini kuat mengatakan ada misfortune yang akan berlaku. Apalah agaknya ye? Hrm... Tak kisahla. Probably nothing. Lagipun sejak kebelakangan ni naluri saya tak betul. Macam peristiwa hari tu yang saya tak nak cerita dalam diari ni. Pft. Buat bazir kertas je.

Anyways, nak update berita terkini. Sabtu ni mak Sarah ajak outing lagi. My mum's business has gone to the over-the-top level. Tapi sekarang saya dah tak kisah sebab saya tahu dia masih sayangkan saya. Macam mana saya tahu? Kak Zahrah cerita.

So yeah. Kak Zahrah dah baik dah sekarang. Setiap petang I call her. Okay la. Part tu ada penipuan sikit. Takde makne saya nak bayar 20 sen tiap hari untuk cakap dengan dia. Nanti saya jugak yang akan muntah hijau. Tapi dalam tiga hari mesti ada jugak cakap dengan dia.

Last sekali. Budak baru tu akan datang tak lama lagi!!!!!! (Gedik tahap tetra mega giga dewa dewi kan saya ni:-)  )

Itu sahaja. Sekian, terima kasih. Ma'assalamah. Ilalliqa'. (Baru lepas daftar masuk kelab bahasa Arab tadi.=P)

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here