Langit Biru 8- Pertemuan Pertama

Gila!!! Bahang matahari tidak menahannnya daripada terus berlari. Rasa macam baru putus cinta. Padahal sebelum ni dah memang dia yang bertepuk sebelah tangan. Air mata mengalir dengan sangat deras. Langkah akhirnya terhenti.

Matanya memandang tepat ke hadapan. Lake Valley. Tasik luas terbentang di hadapan mata. Sedikit sebanyak mengurangkan amarahnya. Perlahan-lahan dia menapak ke arah sebuah gazebo. Badannya dihempap pada salah satu tiang.

Tyra memeluk tubuh. Mata dipejamkan rapat. Bibir bawah digigit kuat. Perit. Biarlah. Hati lagi perit. Air mata tak henti-henti mengalir. Perlahan dia akhirnya terduduk. Dia menarik kedua-dua lututnya rapat ke muka. Air matanya kini membasahi pipi. Heelllppp.... What do I do now? Apa yang dia patut buat? Dia dah tak ada sesiapa dalam dunia ni. Mama dah la tengah marah sebab telefon kena rampas. Kawan-kawan pulak masa ni tentu semua nak rehat. Tak nak sesiapa kacau. I have no one...

Dan air mata masih mengalir...

Tiba-tiba terdengar derap kaki menghala  ke arah gazebo.

"Mana Busyra ni?"

"Ala. Sekejap lagi dia sampai la tu."

"Entah. Sabar la sekejap."

"Tapi aku dah tak sabar nak belajar ni." Suara pertama.

"Amboi, Afiqah. Tak sabar nak belajar?" Suara kedua seakan menyindirnya.

"Biarlah, Huda. Semangat menuntut ilmu dia tengah kuat tu. Alhamdulillah..." Suara ketiga seakan hendak mentertawakannya.

"Ish, korang niii"

Ketiga-tiga gadis itu ketawa.

Tyra hanya tersenyap di sebalik tiang.

"Pssttt.. Nawa.." Suara pertama yang bernama Afiqah itu berbisik perlahan.

"Apa dia?"

"Tu.."

Tak payah pusing pun dah tau Orang tu tengah tunjuk arah dia. Dah terbiasa orang mengutuk kat belakang. Bibir menarik sengih tawar. Pft. 

"Awak okey?"

Segera Tyra menoleh ke arah suara tu. Kak Nawa tengah berdiri menghadap dia dengan senyuman berbunga. Senyuman tu... Entah kenapa dia rasa lapang sikit tengok senyuman tu. Rasanya kalau orang lain senyum sekarang mesti dia rasa orang tu perli dia tengah nangis. Tapi Kak Nawa ni.. Terasa senyuman dia tu ikhlas... Kenapa? Kenapa Kak Nawa senyum macam tu? "Err.. okey." Terus dia tunduk balik.

"Akak duduk eh?" Tanpa menunggu balasan Tyra, terus Nawa melabuhkan punggung sebelah Tyra."Apa Athirah buat kat sini?"

"Tengok tasik." Jujur Tyra jawab. Tak berdaya nak meloyar buruk. Tapi kan.. "Macam mana akak kenal nama saya?" Dia menoleh memandang Kak Nawa.

Nawa tergelak kecil. "Tu.." Jari telunjuknya menuding ke arah tag nama Tyra yang tersemat kemas pada baju kurungnya.

Tyra memandang pakaiannya. Oh, haah. Lupa pulak dia masih pakai baju sekolah. Tyra turut ketawa kecil. Tapi dia tau. Ketawanya kedengaran hambar.

"Dah." Nawa menarik dagu Tyra. "Tak payah menangis." Nawa mengesat air mata Tyra dengan kedua-dua ibu jarinya.

Terkesima. Tyra hanya pandang Kak Nawa. Seumur hidup dia, dia tak pernah rasa sesiapa yang beri kasih sayang macam tu pada dia. Mama sibuk dengan patients. Papa sibuk dengan kapal terbang. Boyfriend-boyfriend dia memang semua sama. 'Sayang dia sebab harta mak ayah dia'. Tapi Kak Nawa... Baru jumpa beberapa saat. Dah tolong kesat air mata dia.

Nawa hanya tersenyum melihat reaksi Tyra.  Comel la dia ni. Macam tak pernah ada orang lain yang tolong kesat air mata dia. Pandangan matanya berubah simpati. Macam mana kalau memang tak ada orang yang sayang gadis ni kerana Allah. Sebab tu dia jadi macam ni. Ye la. Siapa tak kenal kot. Tyra. Budak rebel tu. Tapi Nawa tau, jauh di sudut hati Tyra ni dia bersifat macam tu kerana dia dahagakan kasih sayang. Dia nak orang yang boleh beri perhatian pada dia. Senyuman Nawa menipis. Tanpa Tyra sedari, sebenarnya Allah selalu ada. Always.

Sepasang langkah laju kedengaran mendekati gazebo. "Assalamualaikum semua. Mintak maaf sangat sebab lambat. Eh, mana Nawa?" Satu suara baru muncul. Mesti Busyra yang dari tadi mereka tunggu. Tyra membuat telahan sendiri.

"Tu." Suara kedua. Kak Huda.

"Ops, sorry. Tak perasan" Kak Busyra berbisik perlahan.

"Jap. Korang pergi la dulu. Nanti saya kejar." Nawa melaung pada mereka.

"Okay." Kedengaran beberapa derap kaki melangkah pergi.

"Well, akak kena pergi sekarang." Bibirnya masih lagi menayangkan senyuman manis. "Nanti kalau ada masa, pa kata awak bukak lagu ni kat Internet." Nawa mengeluarkan secebis kertas dari dalam beg bersama sebatang pen. Dia menulis sesuatu. "Nah."

Kertas tersebut bertukar tangan.

"Terima kasih." Perlahan sahaja suara dia keluar.

"Sama-sama." Nawa tersenyum buat kali terakhir sebelum bangun. "Assalamualaikum, Athirah." Dia berpaling dan melangkah pergi.

Tyra hanya memerhatikan belakangnya. Salam dijawab dalam hati.

Tiba-tiba Nawa terhenti dan menghadapnya kembali. "Oh, dan salam perkenalan." Dengan senyuman dan tanda 'peace' dia menuturkan.

Tyra hanya terkaku dengan peristiwa yang baru terjadi. Kertas di tangan ditatap.

You're There-Raef.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here