Diari Wardah 7

14 Jan 2013

Huhu... diri saya dihurung rasa bersalah teramatlah pulak. Bukannya saya pergi mencuri atau apa. Tapi saya rasa bersalah sebab suu'uzzhan-Berburuk sangka.

Entah dah berapa inci dah saya tikam belakang Kak Zahrah. Sebelum ni kan saya selalu cakap benda buruk aje pasal dia. Walhal pada hakikatnya, Allah sahaja yang tahu betapa suci murni hati dia.

"Kenapa tiba-tiba berubah hati ni?" Mesti awak dah dilanda kepelikan teramat, kan diari? Kalau nak tahu kena flashback dulu.

(Flashback time)

Kaki yang longlai dipaksa untuk melangkah ke dalam bilik wad 33b. 'Malasnya..', monolog gadis yang juga dikenali sebagai saya dalam diari ni.

"Wardah sayang, tolong jaga Kak Zahrah ni sekejap boleh? Ibu belum Solat Zuhur. Tolong ye sayang?" Kata ibu.

Saya telan air liur yang terasa payau. Memanglah saya dah terbiasa dengar dia panggil 'sayang'. Tapi kali ni terasa macam dia menipu. Terasa macam kata-kata hanya sekadar kata-kata. (Bunyi macam orang cemburukan? Cemburu dengan kakak sendiri).

"Thanks" Ibu menghadiahkan satu kucupan di atas tudung. Lepas tu, dia terus blah dari bilik tu. Saya mengeluh. Tak puas hati. Ibu tak bagi mukaddimah 'hi' atau 'assalamualaikum' pun pada saya. Saya pun tak sempat salam dia pun lagi.

Saya memeluk tubuh. Merenung tajam tubuh yang terbaring lesu itu.

"I'm sorry"

Saya terkejut. Kak Zahrah dah bangun? Aik? Sejak bila dia bangun? Ataupun dia ni dari tadi pura- pura tidur? Saya merengus kasar.

"Kakak memang dah suruh ibu supaya tak paksa Wardah cuti tapi kakak rasa ibu nak sangat jumpa Wardah. Kakak minta maaf sebab tak tegaskan kenyataan kakak yang Wardah mesti tak nak punya"

Saya renggangkan pelukan tubuh. Seriously? Okay, wait. Sebenarnya dia ni sakit ke tak? "So, akak tak sakitlah ni?"

"Sakit. Jadi ibu boleh jadikan itu sebagai alasan untuk Wardah balik. Mana pernah ibu berjauhan dengan Wardah lama-lama macam ni. She misses you, Wardah."

Cair terus kemarahan saya. Astaghfirullahalazim. Saya dah buat dosa berburuk sangka. Ampunilah saya, Ya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here