Diari Wardah 2

3 Jan 2013

First day sekolah. Boleh tahan jugaklah sekolah ni. Okay, saya nak cerita sikit ni. Sudi-sudikanlah menadah telinga awak tu, ye diari kesayanganku. Ops! Saya lupa. Awak mana ada telingalah diari. Awak cuma ada berhelai-helai kertas yang akan diisi oleh tulisan tanganku yang tiada banding kecantikannya. (Chewahh.. perasan gila minah ni
Wah, hebat! Dah jauh sangat melencong saya ni. Okay, let's get serious.😎  Nak start cerita dari mana ek? Ermm.. hah. Saya tahu.
(Flashback sikit)

"Assalamualaikum. Nama saya Wardah. Wardah Farihah", tangan yang dah disapu hand sanitizer dihulur. Alaa.. bukannya saya ni pembersih tahap budak-budak gedik. Tapi takut-takut budak perempuan yang duduk sebelah saya ni type macam tu.
Budak perempuan tu angkat muka. Kulit dia putih melepak. Senyumannya memag comel. Tak tipu saya cakap. COMEL!! Trust me when I say this. I am no lesbian. Trust me.
Anyways, "Waalaikumussalam. Hai. Saya Engku Sarah Sofia. Panggil Sarah."
Salam perkenalan pendek dia tu cukup bermakna buat saya. Boleh masuk 'Hari Ini Dalam Sejarah'.  Kali pertama saya hulur salam perkenalan. Saya dapat balasan baik pulak tu. Berbunga-bunga riang hati saya. Thanks, kawan for the good response.
So berbalik pada cerita tadi. Pada waktu petangnya pula, saya tak berani nak tegur sesiapa. Sarah tu pula memang ada kawan baik dia di sini. Zuriani. Panggil Zue.
Jujur saya cakap, saya tak berapa suka si Zue ni. Girly. Dia nilah kategori yang saya maksudkan bila bercakap pasal hand sanitizer tadi.
Sarah tu baik. Cantik. Dan dengar cerita tahun lepas dapat 5A untuk UPSR dan mumtaz untuk PSRA. Maknanya Sarah pandai. Bertuahnya saya dapat kawan macam dia ni.
By the end of the day, dia seorang sahaja yang layan saya dengan baik. InsyaAllah ukhuwwah  ini akan berpanjangan sehingga akhirat kelak. Amin

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here