Diari Wardah 3

5 Jan 2013

Wah, happynya saya. Dalam masa 3 hari aje hubungan kami dah rapat. "Wahai cik kak, macam mana awak tahu hubungan korang ni rapat?" Mesti awak ada terfikir nak tanya tu kan, diari? Saya tak kisah pun. Saya happy bila orang tanya pasal hubungan kami. It's more than just friends. It's ukhuwwah. Sebenarnya perkataan bahasa arab- ukhuwwah- berasal dari perkataan akhi. Which means brother. Maknanya kitorang ni bukan setakat kawan, tau. Kitorang ni adik-beradik.

Berbalik pada soalan tadi. Macam mana saya tahu? Sebab saya dapat rasakan ikatan yang kitorang jalinkan ni ada specialty. Mungkin saya tak dapat rasakan sekarang. Tapi kita boleh tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kepada ukhuwwah kami ini.

Awak ingat lagi tak saya ada tulis yang Sarah seorang sahaja yang layan saya dengan baik. Sebenarnya saya tulis tu pada waktu petang. Sebab pada sebelah malamnya pula, ramai orang tegur saya lagi-lagi kakak senior. Diorang baik sangat.

Semalam pulak diorang ada cakap yang diorang nak rapatkan lagi hubungan antara senior dan junior. Saya pun terfikirlah masa tu. 'Macam mana nak buat tu?' Lepas tu kakak MPP pun katalah "korang(junior) akan dibahagikan kepada kumpulan. Di dalam kumpulan itu akan ada satu senior. Naqibah. Kumpulan itu pula dipanggil usrah".

Mula-mula terasa blur,tau. Rasa macam pernah dengar 'usrah' ni. Lepas tu baru teringat. Ibu selalu keluar pada malam Khamis. Bila saya dan Kak Zahrah (saya anak bongsu dari dua orang adik-beradik) tanya, mesti ibu jawab ibu pergi 'usrah'.

Eeeii.. excitednya terasa macam orang dewasa. :P

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here