Diari Wardah 5

11 Jan 2013

Kenapa Kak Zahrah tu wujud? Hish.. kakak sulung saya tu manja mega giga! Saya benci dia. I hate you, Zahrah Asrar!

Dia tu tak sedar diri yang dia tu dah besar panjang. Berapa umur dia? 16 tahun. Dah kira besarlah tu....


Mungkin awak tertanya-tanyakan, diari. Apa masalah saya dengan Kak Zahrah sampai ucap lafaz benci?

Sebenarnya (macam tahun-tahun sebelum ni) dia jatuh sakit. Well, bukanlah sakit. Sekadar diSYAKi sakit. Kakak saya tu ditahan di wad kerana 'diSYAKi' sakit. Pastu ibu suruh saya lawat dia.

Mula-mula saya rasa "alaaa... mesti warden tak bagi. Don't worrylah, Wardah." Tapi warden sengaja nak buat musuh dengan saya. Dia bagi saya cuti beberapa hari. Bukannya saya budak nerd yang tak suka cuti. Tapi saya benci nak bertemu empat mata dengan Kak Zahrah.Parah hidup saya.

Terimalah hakikat, Wardah. Takkan nak lawan cakap ibu kan?

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here