Langit Biru bab 1- What on Earth's got into you?

2.00 petang.
Sabtu.

"It's seven a.m. in the morning line up..." Tyra menggumam When will my life begin- Mandy Moore. Kaki melangkah keluar dari tandas dengan bathrobe tersarung di tubuh. Dia melangkah ke walk-in wardrobe.
         Hari ni nak pakai baju apa? Semalam dah warna merah. Hari ni indigo lah. Tyra mengukir sengih lebar. Baju blaus berwarna ungu yang tergantung dicapai. Nanti sepupu dia datang. Azwa. Kalau ikut cakap dia, abang dia Si Afiq tu akan tinggal kat sini. Entah betul ke tak. Tapi kalau ya, kira macam pergi 'private asrama' la kiranya.
         Kardigan dipakai di luar blaus tersebut. Jeans putih yang baru dibeli di Buckle semalam dipakai. Pantulan di cermin dihadap. Nice...
         Segera dia mengatur langkah ke tingkat bawah. "Morning, ma" Dia pandang mak dia yang tengah siapkan french toast untuk sarapan di dapur.
          "Morning, dear" Ringkas Puan Aneesa membalas. "Lama lagi ke Azrien tu?"
          "Tadi sebelum mandi dia cakap lebih kurang sepuluh minit lagi." Tyra pergi ke ruang tamu. Dia bersandar di sofa. Manga Death Note di atas meja dicapai. Tak pelik pun mama tanya dia pasal Azwa. Memang dia rapat dengan Azwa. Lebih rapat daripada papa dengan abang dia. Nak buat macam mana dah papa pilot, mama doktor. Dua-dua pun memang jarang duduk di rumah. Sibuk aje memanjang. Tengok lah sekarang. Papa tak ada kat rumah sebab terbang pergi Austria. Aku pulak yang jadi mangsa. Takde company. Dahlah anak tunggal. So memang aku banyak habiskan zaman bujang aku dengan member la kan. Ops. Bukan zaman bujang. Maksud aku zaman 'dara'.
          Ting.. Tong..
         Azwa!!! Tyra bangun dari duduk. Death Note dicampak ke atas meja. Dia membuka pintu buat tetamu istimewa dia. Hah. Istimewalah sangat. Bukan Agung yang datang pon... Suis pagar ditekan bagi membuka pagar secara automatik. Kereta Vellfire memasuki perkarangan rumahnya. Azwa, Afiq, Aunty Ngah dan Uncle Ngah keluar bila enjin kereta dah dimatikan.
         Tyra segera mendapatkan Azwa. Sepupu itu dipeluk erat kemudian dilepaskan. Diorang memang rapat walaupun jarang jumpa. Sebab sepupu lain memang lagilah jarang jumpa. Semua dah besar panjang pun. Sibuk nak jaga anaklah nak buat tesislah entah apa entah lagi kelentong diorang masa ajak balik kampung. Kalau waktu raya pun diorang akan terperuk dalam bilik. Jadi nak bertegur-tegur tu memang harapan tinggal harapan je lah.
       "Girl, you look hot with caps lock on!" Azwa tersenyum pandang sepupu dia yang memang semula jadi cantik. Tak pakai mekap pun cantik dowh!
          Tyra sengih. "Kau pun..." Dia pandang Azwa atas bawah. "...dress to kill." Mana taknye. Budak ni selamba badak aje sarung baju lengan pendek dengan shorts. Kalau mama jadi mak Azwa ni memang dah kena leter dah ni. Nampak macam dari keluarga cikai la apa la. Rappala... This is a free country la. Ikut suka orang la nak pakai baju apa. Kan?
           "Masuklah" pelawa Puan Aneesa. Nak harapkan anak dara aku ni ajak memang hampeh. "Bang Ngah, Kak Ngah, Afiq, Azrien" Afiq salam tangan Aunty Su sebelum masuk dan diikuti Uncle  Ngah dan Aunty Ngah yang memeluk dan melaga-lagakan pipi.
          "Gosh, you're still calling me Azrien? That's like old school la Aunty Su." Azwa memuncung bibir. Tak puas hati orang panggil dia Azrien. Memanglah nama dia Azrien Wawa tapi dia lagi suka orang panggil Azwa. Bagi dia lagi menampakkan kemodenan. Malaysia kan nak lagi moden. Jadi 'moden' tu kenalah start dengan diri individu. See. Aku tengah bantu Malaysia maju. Aunty Yong pulak buat Malaysia mundur. Tak patut.
           "Blame the person yang give you the name lah." Puan Aneesa tersengih. Saje nak sakat anak buah nie. Hahahaa... Suka tengok orang buat muka tak puas hati macam tu.
            "Mama!" Tyra pandang ibunya. Terasa nak gelak tapi takut Azwa terasa. Mak aku ni kan. Suka sangat main-main. Kadang-kadang tu rasa macam mak dia ni lagi sesuai jadi guru taska. Kesian pesakit- pesakit mama. Mesti lagi sakit dapat doktor macam mama. Mama ingat dia Dr. Patch Adams ke apa.
            "Dah, masuk dalam." Puan Aneesa berpaling masuk ke dalam rumah.
             Tyra dan Azwa beriringan masuk dalam rumah yang bersaiz super besar. Memang besar kot rumah ni.  Padahal penghuni tetap dalam ni cuma tiga orang je. Mungkin sebab tu duit banyak berlebihan jadi pergi melabur untuk pak guard la tukang masak la tukang bersih la apa entah lagi. Dalam rumah Puan Aneesa tuang air teh ke dalam cawan. Afiq  pulak terangguk-angguk kepala ikut rentak lagu. Earphone tersumbat di telinga. Aunty Ngah dan Uncle Ngah pulak tengok TV. Malaysia Hari Ini. Jap. Kenapa TV tu bukak cerita ni? Siapa dalam rumah ni suka tengok morning show? Aku tau pagi-pagi aku tengok AXN, Diva Universal dan Music Video. Morning show haram aku tengok.
         "Aunty lama ke kat sini?" Tyra mengajukan soalan pada ibu saudaranya. Cuba memulakan bicara.
           "Sekejap je. Nak hantar Afiq je. Nanti baliklah" Senyuman manis terukir di bibir wanita separuh abad itu.
           "Oh..." Panjang harakat huruf O. Sebagai bukti dia mendengar. "You guys dah breakfast?" Tyra cuba beramah mesra lagi.
           "Belum." Sepatah Azwa menjawab sambil menggeleng kepala.
          "Sayang, get the toast kat belakang please." Puan Aneesa menghulur cawan berisi teh kepada tetamunya.
             "Kayh" Tyra berlalu ke dapur. Dia ambil roti bersalut telur itu dan bawa ke hadapan. Nak jamu orang yang belum sarapan. Aku pun tengah kebulur ni. "Abang Afiq!" Dia memanggil nama tu sambil letak dulang berisi roti ke atas meja.
           "Pedia?" Malas-malas Afiq jawab sambil tarik earphone.
           "Kau serious ke nak pindah sini?"
         "Haah" Afiq mengangguk. "Sekolah lama aku tak ada STAM. Sekolah kau ada. So aku tumpang lah rumah kau setahun." STAM- Sijil Tinggi Agama Malaysia.
            Oh... nak sambung tingkatan enam rupanya. Memang sahlah sekolah dia tak ada. Dia sekolah international kot. Nak harapkan ada STAM? Pft. Aku ni lainlah. Sekolah kebangsaan. Tapi...  "Kenapa tak ambil A-level? Kan tahun lepas dah ambil IGCSE." IGCSE- International General Certificate of Secondary Education. Dan... "Kenapa ambil peperiksaan agama? Tak nak sambung dekat barat ke?"
            Afiq tersenyum lebar. "Alaa... semua abang dan kakak aku dah pergi US, aku nak pulak tempat lain." It's time for me to break the tradition don't you think? Kalau tak, asyik duduk dalam bayang orang lain aje. 
           Okay. "Kau apply kat mana nanti? Dah ada scholarship?"
           "Kalau boleh nak University of Yarmouk. Biasiswa tu nantilah aku fikir." Tengoklah nanti.
           Huh. Dasar pemalas. Tapi dah memang tu fitrah lelaki. Kan? Tyra mengalih pandang ke Uncle Ngah dan Aunty Ngah. Eh, kenapa diorang dua macam marah dengan Abang Afiq? Dahlah senyap je dari tadi. Dia pandang pulak Azwa di sebelah. Azwa pandang kosong pada lantai. Tyra menjongket sebelah kening pada Azwa bertanya kenapa. Azwa mengangkat wajah dan sengih kelat. Oh-Kay. Kenapa aku rasa macam keluarga Afiq ni tak setuju dengan keputusan Afiq?




"Bye" Tyra dan Azwa saling berpelukan semula. Dua-dua dah nak pisah.
            "Jangan lupa on facebook" Azwa berpesan.
             Tyra tersengih. Pernah ke aku lupa? Kalau dalam satu hari tu aku tak on facebook, aku akan on  Twitter, Instagram, WhatsApp dan banyak lagilah. Dah semua benda ada di hujung jari. Kenapa tak nak guna? Nanti orang akan kata kufur nikmat la apa la.
            " Tyra..." Azwa berbisik perlahan. "... nanti kalau abang aku cari pasal kau bagitau je aku."
            "Okay." Tyra mengangguk. Ha... Kan dah agak Afiq ni ada buat something yang keluarga dia tak suka.
            "Jangan lupa tau" Azwa berpesan lagi sambil pergi ke kereta. Barang Afiq tadi dah bawak turun dah lepas sarapan. Dah masuk bilik dah pun. "Good luck" Sempat Azwa berpesan semasa kereta keluar dari perkarangan rumah.
            Tyra berpaling dan masuk ke dalam rumah. Mama dah naik atas la tu. Sambung buat kerja. Afiq pulak tengah dengar lagu. Again? Live a little  la wei. "Bang Fiq"
           "Hrmmm" Afiq menjongket sebelah kening.
           "Just nak cakap. First. Ni rumah aku. So apa-apa saja perintah aku kau kena dengar. Faham?" Tak kira lah dia lagi besar ke apa. Rumah aku biar aku yang in charge.
            Afiq tersenyum mengangguk. Rumah dia eh? Dia ada saham beli rumah ni ke apa? Setahu aku parents dia yang beli rumah ni. Bukan dia. So dia bukan pemilik mutlak rumah ni. Setakat anak tuan rumah je.
          "Second. Kenapa famili kau macam tak puas hati dengan kau?"
          Afiq senyum lagi. "Probably because I'm breaking the tradition. Kau pun tau mak ayah aku macam mana. Diorang nak anak-anak diorang lanjutkan pelajaran kat negara-negara barat." Nampak sangat eh mama marah?
             Oh. "Dah tu kenapa tak ikut je Aunty Ngah dan Uncle Ngah?" Kenapa nak jugak bangkang?
             "Sebab aku buat apa aku suka. Aku anak jantan la. Tak perasan lagi ke?" Afiq bangun dari duduk dan bergerak ke dalam bilik. Nak mengelat la tu.
           Hmph. Anak jantan la sangat. Kalau ambil STAM tu aku rasa maksudnya anak ustaz tu. But still. Why would he ambil peperiksaan agama walhal adik perempuan dia pakai shorts kut. I repeat. Adik PEREMPUAN dia.
              Afiq, Afiq. What on earth's got into you, man?

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here