Langit Biru bab 2- first day of school

7.30 pagi.
Isnin.

Pap. Kaki memijak tanah dataran yang bertar. Baju kemeja warna putih bersih diperkemaskan. Nafas dihela. Senyum segaris menguntum di bibir. Bersedialah. Sekolah baru bakal bermula dengan orang-orang yang tak dikenali. Azam untuk cemerlang dalam setiap pelajaran tersemat kemas di dada.
         "Woi, kau berangan apa?" Tyra pandang Afiq. Entah apa entah mamat tu fikir. Dari tadi tersenyum tak ingat dunia. Ingat akhirat eh, Bang Fiq? Tyra membetulkan ikatan rambutnya.
              Afiq tersenyum lagi. Tak tau nak balas apa.
         Ah, sudah. Jangan kata abang sepupu aku ni sewel. "Dahlah. Jom masuk. Aku nak jumpa member." Terus sahaja Tyra menonong masuk pagar sekolah. Afiq di belakang dijeling nak pastikan mamat tu ikut. Tyra terhenti di tengah-tengah jalan. Dia menghela nafas. Mamat tu memang ikut. Tapi mata dia meliar pandang kiri kanan macam tak pernah nampak sekolah aje. Tapi tak boleh cakap apa lah kan. Dah memang dari dulu dia sekolah antarabangsa. Bukan salah dia kalau dia jakun tak tau sekolah kebangsaan tu macam mana.
              "Eh, kenapa kau berhenti?" Afiq tengok belakang Tyra yang buat road block tak tentu pasal.
              Tyra menoleh menghadap Afiq. Dia tersenyum lebar. "Inilah sekolahku syurgaku!" Aha. Tyra tu siap depakan tangan kot. Bersungguh-sungguh nak kenalkan sekolah dia sebagai 'syurga'. Tapi sebenarnya sekolah tu hanya akan jadi syurga for nerds and geeks yang tak ada life selain dengan buku. Sinis Tyra monolog dalam hati.
              Afiq tergelak pandang aksi Tyra. Haha. How cute.
              "Aloha." Seorang gadis menutup mata Tyra dari belakang.
           "Farz!" Kasar Tyra merentap tangan gadis itu. Apa aloha-aloha budak ni? Ingat dia dekat Hawaii ke apa?!
              Farz buat muka. Budak ni kena belajar anger management la. "Ni ke abang sepupu kau?" Tak tau malu Farz tuding jari telunjuk betul-betul dekat muka Afiq.
              Nasib dia tak sentuh betul-betul. Afiq melangkah sedikit ke belakang.
           Tyra menjongket sebelah kening. Sempat budak tu gostan. "Haah." Budak alim ni abang sepupu aku. Tyra sambung dalam hati. Kenapa aku cakap 'alim'? Sebab semalam Afiq kena tangkap basah mengaji dalm bilik. Yelah. Mana pernah ada orang cakap bahasa arab dalam rumah tu. Selama ni Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris ke Bahasa Jepun je. Sebab aku memang gila-gilakan manga walaupun kalau ikutkan age aku ni budak-budak perempuan sepatutnya suka Kpop. Dia dah dunia lain pulak.
            Tyra angkat kedua-dua kening nak suruh Afiq kenalkan diri sendiri. Afiq mengangguk bersedia melaksanakan arahan. Ehe. "Nama aku Afiq Nizam bin Zafrul. Form six. Sepupu Athirah Huda. Lepasan SPM dan IGCSE." Senafas Afiq menuturkan. "Ada apa-apa soalan?"
            Farz pandang Afiq tak berkelip. Kemudian dia bantai gelak dekat situ. Pergghhh... Gaya budak skema dowh! "Okay, my turn. You all dengar baik-baik tau." Farz berdehem sengaja terlebih kuat. Rambut yang terasa serabai ditarik ke belakang telinga. Menunjukkan gaya serious. "Full name Farzany Lia binti Shahrul Hadif. Form three. Hrmm... boleh dikatakan lepasan UPSR." Farz menahan gelak. "Rapat dengan Tyra dan Zack. Siap jadi best friend forever and ever and ever and ever and ever budak ni okey. Jangan pandang aku cikai. Itu jelah kut."
           Tyra tolak bahu Farz. Over ah dia punya 'and ever' dia. "Okaylah. Aku pulak. Nama aku Athirah Huda binti Rasydan. Call me Tyra. Haram aku jawab kalau orang panggil Athirah or Huda or whatnot. I am officially a manga-ootaku. Kelas 3 Sains 1. Biasalah. Budak pandai kan..." Tyra tersenyum mendabik dada. I rock.
              "Blah la. Kitorang dah kenal you la." Farz menolak kasar bahu Tyra. Dia tergelak kecil.
               Tyra buat muka. Sakit la ngeng!
              "Wait." Afiq mencelah. "Manga-ootaku tu apa?"
              Hahaha. Naifnya. Tyra tergelak dalam hati. "Manga-ootaku tu manga freak."
           "Manga tu.." Afiq cuba mengorek kotak ingatan. Rasa macam pernah dengar perkataan tu. "..sejenis komik kan?"
                Uhuh. Serentak Tyra dan Farz mengangguk.
               "Biasanya Jepun." Tyra menambah.
             "Anyways, salam perkenalan." Farz menghulur tangan kepada Afiq. Senyuman berbunga di bibir yang bercalit lip balm.
             Afiq merenung kosong tangan Farz. Sengih senget. "Baru aku teringat aku belum pergi pejabat lagi lah. Kat mana eh pejabat korang?"
               "Kat sana tu." Tyra tunjuk ke arah bangunan di sebelah kanan.
         Senyuman Farz mati serta-merta. Tangan masih dihulur. "Thanks." Afiq pergi ke arah yang ditunjuk Tyra. Dia mengangkat tangan kanan sebagai satu lambaian. Tangan kiri masuk poket seluar.
                Farz merenung Tyra. Tangannya dah jatuh. "Abang sepupu kau alim eh?"
               "Entah." Selamba Tyra angkat bahu. "Tapi aku rasa adik dia macam tak suka dia."
               Heh. Siapa yang akan suka?




"Mana Zack nih?" Stress tunggu orang. Farz pandang kiri kanan. Lambatnya mamat tuh! Dia pandang jam. Tak lama lagi perhimpunan mula. First day sekolah memang selalu perhimpunan lambat. Kalau ikut hari biasa mula tujuh setengah tapi kalau first day sekolah dia start pukul lapan.
            "Sabarlah." Tyra betulkan rambut yang diikat ponytail. First impression penting, beb! Jalan dataran dah makin sesak. Kat atas pentas tu pulak boleh nampak Asyraff, ketua umum tengah betulkan mic. Ada masalah kot. Pastu ada Kak Nawa. Eheh. Dia aku panggil 'kak' sebab dia tak pernah cari pasal dengan aku. Pengawas lain selalu sangat catit nama aku atas setiap kesalahan. Satu lalat pun diorang tak akan biarkan berlalu macam tu je.
                   Gila hiperbola ayat aku!!! Kahkahkah... Sejak bila aku nak jadi sasterawan ni? Kahkahkah.
              "Sayang." Tiba-tiba ada suara terlebih ceria datang dari belakang. Pemilik suara tu tarik rambut kedua-dua gadis.
                  "Aduh." Tyra dan Farz mengaduh kesakitan. Ngeeee... Serentak Tyra dan Farz berpaling ke belakang. Dua-dua pandang Zack dengan pandangan marah.
                 "You ni kan..." Farz mula menyinga.
                 "Suka cari pasallah!" Tyra menyambung geram.
                 "Orang dah cakap kan..."
                 "Tak suka!!!" Dua-dua marah serentak.
                 Zack menjulingkan mata pandang kedua-dua gadis itu. Tarik rambut je pun. Over lah. Pastu sebagai ending kemarahan diorang ni nanti mesti Tyra akan sebut...
                "Kakushibasho." Tyra menggumam. Drop dead.
                 Zack juling mata lagi. Diorang dua ni kalau ikut latar belakang jauh beza kot. Sorang anak tunggal sorang lagi ada lapan adik-beradik. Sorang anak orang kaya sorang lagi orang biasa. Sorang suka berI-you sorang lagi beraku-kau. Sorang kasar macam lelaki sorang macam perempuan biasa. Sorang Jepun fanatik sorang lagi kpopfans. Aish... pening. Pening. Tapi dua-dua macam kembar. Selalu fikir benda yang sama. Dua-dua boleh cakap apa yang lagi satu fikir.
                 Hrmm... I guess that's why you can't judge anyone just because of their background. Hanya kena judge dengan siapa mak ayah kita atau apa yang kita TELAH buat memang tak adil. Sebab masa lepas bukan penentu masa depan. Sesiapa pun boleh berubah. Betullah apa yang aku dengar hari tu. Hati manusia ni berubah seperti air mendidih. Alaa... Macam masa mula-mula Tyra dan Farz kenal. Mana diorang rapat macam ni. Tyra masa tu anggap Farz budak kolot. Farz pulak anggap Tyra budak kaya sombong. Bila jumpa je mesti gaduh. Lama jugak lah diorang nak berbaik-baik macam hari ni. Tapi the past is in the past. Buat apa nak ungkit masa silam. Kan?
                 Aku hanya mampu berharap masa lalu tak berulang. Tapi kenapa aku rasa akan ada benda buruk terjadi tak lama lagi?

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here