Langit Biru bab 3- habis sekolah :D

1.00 petang.
Isnin.

Tyra tersenyum sampai ke telinga sambil menuju ke perhetian bas. Berakhirnya hari pertama persekolahan lepas hampir dua bulan bercuti. Best! Sebab akhirnya jumpa kawan-kawan. Betullah kata orang. Kita akan lebih menghargai seseorang itu bila kehilangan dia. So, cuti sebulan setengah memang boleh buat kita lebih appreciate kawan-kawan. And bila kita jumpa balik masa hari pertama sekolah, memang riuh gilalah. What do you expect, right?
         Kalau tiba-tiba dia ada boy, memang habis dia kena sakat. Kalau dia ada hairdo baru, memang habis kena puji. Kalau dia ada surgery, memang habis kena interview. Bunyi macam sebulan setengah tu lama kan?
          Ah... good times. Good times. Especially bila jumpa Farz. Jumpa Zack. Jumpa...
         AFIQ BERCAKAP DENGAN AYRAFF?!
         Terbrek kejap depan pagar sekolah. Am I seeing what I'm seeing? Afiq? Talking to Asyraff? Ketua umum? Tok ustaz yang suka ceramah? Telinga terasa panas. Muka dah merah. Go bald, Afiq! Kakushibasho. Penumbuk digenggam.
         Asyraff tertoleh sedikit. Bertembung pandangan marah Tyra dan pandangan tenang Asyraff seketika. Satu perasaan ngilu menyelinap di hati. "Weh, sepupu kau..." Telinganya menangkap suara Asyraff. Asyraff menyiku Afiq sambil menghalakan dagu ke arah Tyra.
        Afiq yang membelakangi Tyra berpaling. "Oh, thanks." Afiq menyalam tangan Asyraff. "So, see you tomorrow." Mereka berpelukan seakan-akan sudah lama berkenalan.
         "Assalamualaikum." Senyum diukir.
         "Waalaikumussalam." Salam dibalas perlahan. Langkah diatur ke Tyra.
         Tyra berpeluk tubuh. Gaya samseng. Ngee... geramnya aku. "What was that?" Nada cuba dikawal. Jaga emosi. Kawal aksi. Pesanan cikgu karate. Jangan tak tau, aku ni karate tali pinggang hijau. Heh. Hijau je. Belum hitam lagi. Rappala...
        "What?" Afiq buat muka kelam. Soalan dibalas dengan soalan. Sengaja nak kasi minah ni angin satu badan. Hehe. Aku memang suka cari bala.
        "You're friends with Afiq and you're asking me 'what'?" Tyra menjongket kening tinggi. Sampai masuk fringe. "Did you know? I'd rather kawan dengan tukang khutbah kampung sebelah daripada kawan dengan dia la." Tangan kiri ditunjuk ke arah Asyraff yang duduk atas bangku. Peduli apa orang lalu-lalang nak balik rumah.
        Afiq menarik sengih. Aura mencabar Tyra ni berkawan dengan tukang-khutbah-kampung-sana.
        "Seriously. You're not as fun as Azwa. Adik kau tu way better off without you la. Patutlah dia dengan rela hati tak fikir dua kali bagi kau duduk sini. Kau..."
         Pin! Pin! Hon kereta membuatkan mereka berdua berpaling. Uncle Sham chaffeur Tyra membawa kereta BMW milik ayah Tyra.
        Tyra merengus kasar. Dalam kereta sepi mengulit udara di dalamnya. Tyra pandang kanan membelakangi Afiq. Satu perkataan je dalam kepala.
        Marah.




Pintu ditutup rapat. Tyra melangkah ke arah katil saiz queen. Dia bersandar pada kepala katil. Telefon iPhone di atas meja kecil sebelah katil dicapai. Pukul lapan setengah. Nanti pukul sembilan nak start study. Dia mengeluh perlahan. Teringat 'adegan' tidak diingini di meja makan tadi...

         "Kenapa makan pakai sudu?"
         Suara yang menyoal itu hanya dibalas dengan cebikan. "Kau ada masalah dengan cara aku makan?" Mencerlung Tyra pandang Afiq.
         "Tak adalah. Tapi dalam IC kau tulis kau agama Islam kan? Jadi kau kenalah ikut apa yang Rasulullah buat. Rasulullah makan pakai tangan. So kau kena ikut. Sebab secara tak langsung kau mengaku umat Baginda bila kau mengaku kau tu Islam." Tenang Afiq menjelaskan. Tak kisah langsung mata Tyra yang macam nak keluar laser.

            Tak fasal-fasal tadi ada garfu melayang. Bila garfu dah terbang tadi tu terus dia tak ada selera nak makan. Memang cari bala kot mamat tu. Sebenarnya kalau ikutkan nak aje dia campak pinggan kaca, nasi dan segala macam jenis makanan yang ada atas meja. Tapi bila terfikir tak lama lagi mama balik terus tak jadi. Malas nak tadah telinga dengar bebelan. Ugh, she loves to nag. Hati merungut tak senang.
         Afiq tu memang dah terpengaruh dengan Asyraff lah. His bossy aura, that is. Orang nak makan pun tak senang. Dia mendengus kasar.
         Tumpuan kembali diletakkan pada telefon di tangan. Dia membuka iTunes. Lagu Time after time berlagu. Lagu Cyndi Lauper nie dia belajar dari manga. Heheh. I am such a manga freak.
          Ting. Ada satu notifications terpapar. WhatsApp. Pantas Tyra membukanya.
          Ada mesej baru dalam kumpulan 'K + J'. Tyra tersengih. Maksudnya Korea dan Jepun. Azwa dan dia. Azwa suka Korea, dia suka manga. Haha. Cadangan Azwa. Layan jelah.
=Still awake?
          Still awake? Apa punya soalan tu? Dia tengok waktu yang tertera pada telefon. Baru pukul lapan empat puluh. Nak tidur apa kebendanya? Buang tabiat ke apa. Aku biasa tidur pukul sebelas malam, kayh..
-Buang tabiat pe?
=ROMFLOL =D
          Hahahahahahahahhahhahahahah. Tawa meletus di bibir Tyra. Memang lepak lah kalau sembang dengan Azwa. Rolling on my floor laughing out loud? Say what...? Haha. Gelak ajelah. Budak ni memang beza gila daripada abang dia.
-Humour me.
            Tyra balas hambar. Saje. nak tengok reaksi sepupu dia. Padahal memang nak gelak guling-guling dah dengan perangai selamba Azwa ni.
 =What's with the attitude, gal? Angin pasal?
-Your bro.
           Tak tipu apa. Memang dia agak marah dengan Afiq.
 =Aha. Exactly why aku nak chat ngan kau. Dia dah start buat perangai orang alim dia dekat situ dah? 
          Tyra sengih tawar. That was expected, huh? Memang dah tau adik dia tak suka dia kan? Afiq, Afiq.
-Pretty much. Dia dah baca Quran, kasi ceramah and did not shake my hand's girlfriend. Rasa unbelievable pulak korang ni adik-beradik. Feels like Jupiter and Pluto.
=Jupiter? Pluto? Kau merepek apa, hah? But yeah. I get it. Aku: Jupiter. Planet terbesar solar system. And he's Pluto planet kerdil. Understood. 
          Heheh. Nasib baik analogi aku senang nak faham. Baru aje Tyra nak balas mesej Azwa bila tiba-tiba ayat Azwa menyentap kalbu.
=Kalau macam tu, kau ubah dia boleh?
              Tyra tersenyap. Tak tahu nak balas apa. Ubah orang is so not easy. Dalam hati tengah berkira-kira nak balas apa. Okey. Ubah orang bukan satu kerja mudah. Dan kerja tu akan jadi makin susah kalau orang yang nak diubah tu lelaki. Sebab aku serious tak pernah faham perasaan lelaki. Bukanlah nak cakap dia ni suci sangat tak pernah couple. Banyak kali je sebenarnya. Tapi semua tu dia yang putuskan nak break. Dan bila lepas tu diorang nak patch balik, ada dia kisah? She's a girl who doesn't give a care to a single guy at all. And everyone knows that. Duh. She's Tyra.
-No promises.
         Dua patah dia jawab sebelum meletak semula telefon di atas meja. Bantal di hujung katil dipeluk erat. Kau ubah dia boleh? Kau ubah dia boleh? Kau ubah dia boleh? Arghhhh... Tyra menyembamkan muka ke dalam bantal. Rasa macam ada radio rosak dalam kepala.
            What do I do?! Hati menjerit kuat.

Comments

Popular posts from this blog

Perpisahan

ISLAM HARUS BANGKIT

I Was Here